02 November 2025

"KORANG TAK TAHU 0TAK SAYA SER4BUT... SAYA MINTA KERJA, TIADA ORANG NAK BAGI" - DATUK RED AKUI TERT£KAN, LUAH RASA PENAT CARI REZEKI SELEPAS DITUDUH ASYIK MINTA SIMPATI



"Saya bukan tiada duit, saya ada. Kalau datang sini saya tabur duit depan jalan ini. Netizen kata saya minta simpati, mari sini ambil duit dekat saya, ada RM2,000.

"Masuk live saya terus cakap saya minta simpati. Lima jam berjalan kaki pun dah mel£cet. Kalau cakap saya berlakon, ada nampak orang kat sini? Nak cakap cari pengikut, saya dah ada lebih 600,000 pengikut."

Demikian kata bekas suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu usahawan Datuk Seri Adnan Abu atau dikenali sebagai Datuk Red, 47, dimana dia berkongsi keadaan hidupnya yang kini serba kekurangan hingga terpaksa berjalan kaki selama lima jam dan menjual motosikal demi menampung keperluan harian.

Jelas Datuk Red lagi, apa yang dilakukannya itu bukan bertujuan untuk meraih simpati, sebaliknya mencerminkan tek@nan hidup sejak beberapa tahun kebelakangan ini, selain turut mempers0alkan sikap segelintir netizen yang menuduhnya sengaja berdrama atau berlakon untuk menarik perhatian di media sosial.

Klik untuk gambar besar

Datuk Red yang meluahkan perkara itu ketika membuat siaran langsung di akaun media sosial miliknya, turut meluahkan rasa kec£wa apabila usaha mencari kerja sering kali ditolak hingga menyebabkan fikirannya ser@but ketika ini.

"Korang tak tahu 0tak saya ser@but. Saya minta kerja, tiada orang nak bagi. Saya bukan minta simpati, tapi saya nak kerja," ujarnya yang sebelum ini diisytiharkan mufl1s sejak 2019 dan mengakui tiada pekerjaan tetap selama hampir lima tahun.

Menurut laporan media, Datuk Red berdepan hut@ng dianggarkan lebih RM7 juta melibatkan lebih 100 orang pemiut@ng.

Usahawan itu juga pernah melantik peguam bagi menyusun semula pelan pembayaran hut@ng dan kini sedang berusaha menstabilkan semula kewangan hidupnya sedikit demi sedikit.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: