Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri, Kota Media, di sini, malam semalam telah berlabuhkan tirainya dengan menobatkan filem 'Babah' sebagai Filem Terbaik FFM34.
Filem terbitan Nads Media Entertainment itu berjaya men£waskan empat lagi saingan lain iaitu 'Bl00d Brothers: Bara Naga', 'Reversi', 'T@kluk: Lahad Datu' dan 'Soloz: Game of Life'.
Kemenangan tersebut sekaligus melayakkan filem arahan Mohd Shah Faizul Ibrahim yang juga diumumkan sebagai pemenang kategori Pengarah Harapan Terbaik itu menerima Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM1 juta.
Mohd Shah ketika menerima anugerah itu berkata, filem 'Babah' yang berkisar peng0rbanan dan kasih sayang seorang bapa kepada anak perempuan itu adalah hasil keikhlasan semua individu yang berada di belakangnya.
Klik untuk gambar besar
Bukan itu sahaja, malah filem 'Babah' juga merangkul empat lagi trofi 'hangat' iaitu Pelakon Lelaki Terbaik (Qi Razali), Pelakon Wanita Terbaik (Sweet Qismina), Cerita Asal Terbaik (Nadia Nadzri) dan Lakon Layar Terbaik (Wan Rafiq).
Dua bintang utama filem 'Babah' iaitu Qi Razali atau nama sebenarnya, Qushairi Mohammed Razali, 48, dan Sweet Qismina, 28, juga masing-masing membawa pulang RM5,000 serta trofi.
Qi Razali ketika ditanya mengenai kemenangannya itu yang men£waskan empat saingan lain iaitu Sharnaaz Ahamd (Bl00d Brothers: Bara Naga), Beto Kusyairy (Reversi), Aeril Zafrel (Lakn@t) dan Tony Eusoff (Mencari Ramlee), mengakui terk£jut serta tidak menyangka rezeki berpihak kepadanya selepas hampir tiga dekad bergiat dalam dunia lakonan.
"Syukur Alhamdulillah. Kemenangan ini untuk bapa-bapa di luar sana. Anda insan yang hebat. Terima kasih kepada arwah bapa yang menyokong saya selama ini. Saya harap sudah membuat anda bangga. Tidak dilupakan terima kasih kepada isteri saya," katanya.
Sementara itu, Sweet Qismina atau Farhanna Qismina Supandi, yang dilihat gag@l menahan air mata itu meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pasukan pr0duksi 'Babah' kerana sudi memilihnya membintangi filem itu.
"Terima kasih kepada famili saya dalam filem 'Babah' kerana sudi terima saya berlakon. Tidak dilupakan kepada mak saya yang sentiasa ada dari saya kecil hingga sekarang. Kejayaan ini adalah untuk anda," tuturnya.
Kemenangan tersebut menbuatkan Sweet berjaya mengal@hkan empat pers@ing lain iaitu Nabila Huda (Telaga Suriram), Datin Sofia Jane (Mencari Ramlee), Khatijah Tan (Jangan Pandang Belakang, Aku Tahu Asal Usul Mu) dan Maya Karin (Telaga Suriram).
Selain itu, anugerah Pengarah Terbaik pula dimenangi oleh pengarah bersama Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra menerusi filem 'Bl00d Brothers: Bara Naga, manakala Pelakon Pembantu Wanita Terbaik diberikan kepada Ellie Suriaty (Telaga Suriram).
Bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, FFM34 mencipta k£jutan apabila menobatkan dua pemenang iaitu Syafiq Kyle dan Syazwan Zulkifly menerusi filem Bl00d Brothers: Bara Naga.
Terdahulu, filem terbitan Skop Pr0ductions Sdn Bhd itu diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas Filem Box Office dan menerima RM10,000 serta trofi.
Filem Bl00d Brothers: Bara Naga juga mencapai 'bl0ckbust£r' dengan kerjasama Media Prima Berhad sebagai rakan prom0si.
FFM34 turut memberi Anugerah Khas Juri 1 kepada filem 'Ejen Ali' terbitan Wau Animations dan Primeworks Studio dan Anugerah Khas Juri 2 pula diberi kepada 'Takluk: Lahad Datu', manakala Anugerah Khas Karyawan diterima Hassan Muthalib dan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar menerima Anugerah Khas Sepanjang Zaman.
Pemenang kesemua 27 kategori dipertandingkan itu menerima wang tunai RM5,000 dan trofi, manakala pemenang Anugerah Khas akan menerima RM10,000 beserta trofi.
Pemenang tujuh kategori iaitu Pengarah Harapan, Sinematografi Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Pengarah Terbaik, Dokumentari Terbaik, Filem Terbaik, serta Filem Pendek Terbaik menerima RM20,000 dalam bentuk sewaan dan penggunaan fasiliti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Selain itu, FINAS turut menganjurkan Pr0gram Tribute: Penghargaan kepada Tokoh-Tokoh Perfileman Veteran Negara sebagai program sisipan FFM34 membabitkan Datin Rosnani Jamil, Seniwati Ruminah Sidek, Dato' Rahim Razali serta Othman Hafsham.
FFM34 yang bersiaran secara langsung di TV2 dengan membawa tema Karya Kreatif, Sinema Dinamik itu diacarakan oleh gandingan Datuk Afdlin Shauki dan Che Puan Sarimah Ibrahim.
Majlis anugerah berprestij itu turut dimeriahkan dengan persembahan artis terkenal tanah air seperti Ziana Zain, Shila Amzah, Zizi Kirana, Noki, Azlan Typewriter dan Misha Omar.
Berikut senarai pemenang FFM34:
Filem Terbaik: Babah (Nads Media Entertainment Sdn Bhd)
Pengarah Terbaik: Syafiq Yusof & Abhilash Chandra (Bl00d Brothers: Bara Naga)
Pengarah Harapan: Shah Faizal (Babah)
Cerita Asal Terbaik: Nadia Nadzri (Babah)
Lakon Layar Terbaik: Wan Rafiq (Babah)
Pelakon Lelaki Terbaik: Qi Razali (Babah)
Pelakon Wanita Terbaik: Sweet Qismina (Babah)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Syafiq Kyle & Syazwan Zulkifly (Bl00d Brothers: Bara Naga)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Ellie Suriaty (Telaga Suriram)
Pelakon Lelaki Harapan: Amir Ahnaf (Kahar: Kapla High Council)
Pelakon Wanita Harapan: Michelle Lungan (Tegkang)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Puteri Rafasya (Telaga Suriram)
Anugerah Khas Juri 1: Ejen Ali The Movie 2
Anugerah Khas Juri 2: T@kluk: Lahad Datu
Anugerah Khas Karyawan: Hassan Muthalib
Anugerah Khas Sepanjang Zaman: Datuk Ahmad Tarmimi Siregar
Aksi dan Lag@k Ng£ri Terbaik: Defenderz Action Team (Bl00d Brothers: Bara Naga)
Penyunting Terbaik: Ariff Aiman Azahar, Nazifdin Nasrudin & Syafiq Yusof (Soloz: Game Of Life)
Sinematografi Terbaik: Nicholas Chin (Bl00d Brothers: Bara Naga)
Penataan Seni Terbaik: Wan Zulkifli Wan Salleh (Kulit Wayang)
Penataan Bunyi Terbaik: Mohsin Othman & Technica Studios (Soloz: Game Of Life)
Penyunting Terbaik: Soloz: Game Of Life
Lagu Tema Terbaik: Bara Jiwa (Bl00d Brothers: Bara Naga)
Skor Muzik Asal Terbaik: Soloz: Game Of Life
Kesan Khas Visual Terbaik: Jehcob & Sam (Soloz: Game Of Life)
Poster Terbaik: Arst (Tegkang)
Rekaan Kostum/Busana Terbaik: Farah Syaliq (Mencari Ramlee)
Tatarias/Solekan Terbaik: Ella Sandera (T@kluk: Lahad Datu
Filem Pendek Terbaik: Rastech Worldwide Sdn Bhd (Saranghae)
Dokumentari Terbaik: Media Prima Berhad (Rindu Tak Berpenghujung)
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!








No comments:
Post a Comment