"Sebenarnya saya orang yang 'straight to the point' macam kalau orang tak mulakan perbualan dulu jadi saya tak akan mula.
"Bukan seorang yang somb0ng tapi saya sejenis yang ada masanya saja akan borak, kadang-kadang bila saya terjumpa dengan pengikut saya ada yang cakap saya somb0ng... sebenarnya tidak pun.
"Sama juga macam pelakon bila dalam drama lain tapi diluar lain pula karekternya," jelas personaliti media sosial yang juga anggota kumpulan lawak, Fiona iaitu Farid Along.
Farid tampil menafikan tuduhan yang mengatakannya dirinya seorang yang somb0ng gara-gara dilihat agak pendiam dan kurang mesra apabila bertemu orang ramai di luar televisyen.
Dalam pada itu, Farid atau nama sebenarnya, Muhammad Farid Bun Tapa, 37, memberitahu, dia seorang yang pem@lu dan lebih selesa berdiam diri apabila berdepan dengan orang yang tidak dikenalinya.
Berhubung itu, Farid berharap agar orang ramai tidak sal@h tafsir sikapnya kerana dia bukan cuba berlag@k, sebaliknya memang memiliki peribadi yang pendiam dan sederhana sejak dahulu lagi.
Dalam perkembangan lain, kumpulan Fiona telah diumumkan sebagai peserta yang tersingkir di minggu keempat Muzikal Lawak Superstar musim kelima (MLS5).
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment