02 November 2025

NAFI RANCANG BUAT IVF - SWEET QISMINA & SUAMI, ADAM LEE TERIMA SETIAP REZEKI DARIPADA ALLAH DENGAN HATI TERBUKA, MOHON DOA



"Saya tak tahu siapa yang komen mengenainya, tapi rata-rata ramai yang bertanya, umpama saya nak buat IVF. Bagaimanapun, saya tak pernah keluarkan sebarang kenyataan mengenai nak buat rawatan itu.

"Mungkin ada yang mencadangkan dan kisah itu menjadi tular. Apa pun, saya tak pernah terfikir nak buat sebab saya dan suami pun baru tiga tahun berumah tangga."

Itulah kata pelakon Sweet Qismina, 28, dimana dia menafikan dirinya dan suaminya yang juga pelakon, Adam Lee sedang merancang untuk melakukan rawatan kesuburan in-vitr0 (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata.

Jelas pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) itu lagi, dia belum merancang perkara itu memandangkan rumah tangganya baru berusia tiga tahun.

Dalam pada itu, Sweet berkata, dia dan suaminya menerima setiap rezeki daripada Allah dengan hati terbuka dan memohon doa agar mereka dikurniakan rezeki cahaya mata.

"Kami masih muda dan kami ikut arus dan terima apa adanya. Kalau ada rezeki, ada. Itu semua kerja Allah. Saya gembira dan doakan, mana tahu selepas ini ada zuriat.

Klik untuk gambar besar

"Saya rasa Adam pun tak tahu mengenai perkara itu. Apapun, saya dan suami tak pernah mendapat tek@nan dari luar. Kami sangat bersyukur sebab semua orang di sekeliling kami sangat menyokong," ujarnya.

Pada malam anugerah FFM34 semalam, Sweet berjaya memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonannya dalam filem 'Babah', sekaligus mengal@hkan empat calon lain iaitu Khatijah Tan, Maya Karin, Nabila Huda dan Datin Sofia Jane.

Kata Sweet, selepas hampir dua dekad bergiat dalam industri hiburan, kemenangan itu menjadi pencapaian paling bermakna dalam kerjayanya setakat ini.

"Alhamdulillah, syukur. Saya tak pernah terfikir akan kemenangan ini. Perjalanan saya di dalam industri masih panjang dan banyak lagi yang perlu saya terokai.

"Ini trofi dan watak besar pertama saya. Malah kemunculan di FFM juga adalah kali pertama. Alhamdulillah, tak sangka rezeki berpihak pada saya," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: