02 November 2025

G0SIP SUDAH BERKAHWIN DENGAN SITI NORDIANA - PENGURUS TAMPIL T£PIS : "BUAT APA NAK SOROK, KALAU BETUL KAHWIN"



"Kami (Anas Osman dan Siti Nordiana) tidak ada hubungan istimewa dan bercinta pun. Hanya sebagai pengurus dan penyanyi dijaga sahaja. Sudah banyak kali saya beri penjelasan termasuk Nana juga, tapi ada yang masih tidak percaya.
"Ada juga g0sip mengatakan kami sudah berkahwin dan berstatus suami isteri. Sebenarnya tidak ada kahwin, kahwin pun. Buat apa nak sorok, kalau betul kahwin.

"Saya sebenarnya tak layan benda-benda (g0sip) macam ini, tapi ada kalanya perlu bersuara juga. Tapi kenapalah tak percaya dan buat andaian sendiri."

Demikian ujar pengurus Siti Nordiana dikenali Anas Osman, dimana dia tetap men£pis dakwaan mengaitkan dirinya apabila didakwa mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi itu.

Jelas Anas, dia dan Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, hanya rakan sekerja sahaja, tambahan pula dia sudah menguruskan ibu tunggal yang berusia 41 tahun itu sejak Gegar Vaganza (GV) musim kedua pada 2015.

Dalam pada itu, menurutnya lagi, dia bagaimanapun tidak pernah mengelak apabila asyik ditanya soalan sama mengenai hubungan istimewanya dengan penyanyi lagu 'Angkara' itu.

"Saya cakap apa yang sebenarnya, tapi sama ada nak percaya atau tidak terpulanglah. Apa yang saya tahu, saya profesional dalam bekerja sebagai pengurus dengan artis.

"Saya juga mohon hormati Nana kerana dia ada anak remaja, Mohd Rayyan Nakhaie, 17, yang pastinya kurang selesa apabila ibunya dikaitkan dengan g0sip tidak benar," tuturnya.

Disamping itu, Anas turut memberitahu, selama ini dia menjadi pengurus Nana bagi mengendalikan urusan seperti mendapatkan kerjasama untuk persembahan nyanyian dan tawaran berlakon untuk penyanyi itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: