"Alhamdulillah, tum0r sudah dip0tong dan dibuang. Doktor terpaksa mem0tong separuh daripada tulang scapula saya bagi mengeluarkan tum0r itu. Saya belum sembuh sepenuhnya. Memang ada rasa s@kit sebab pemb£dahan ini melibatkan struktur tulang.
"Saya sekarang dalam proses pemulihan selepas pemb£dahan serta dipasangkan mesin vakum (dua tiub pada bahagian bahu dan rusuk) untuk sedut dar@h (kotor) dan bisa (lebihan bendalir) ini sampai Selasa depan.
"Proses ini biasanya mengambil masa lima hari bagi memastikan tiada dar@h beku atau lebihan tertinggal dalam badan. Manakala, keputusan makmal bagi mengetahui jenis ketumbuhan yang saya hidapi akan keluar dua ke tiga minggu lagi.
"Tapi, saya punya bahagian ortopedik (tulang) ini sudah selesai. Doktor dah keluarkan sebahagian saya punya scapula (tulang belikat) dan ketumbuhan itu pun sudah dihantar ke makmal.
"Sekarang saya masih menunggu keputusan sama ada ia hanya tum0r atau kans£r. Jika disahkan kans£r, saya mungkin perlu menjalani rawatan radioterapi," itulah jelas pelakon Shahronizam Noor, 53, dimana dia memaklumkan keadaan kesihatannya.
Menurut Shahronizam, sekiranya doktor mendapati luk@ pemb£dahannya okay dan tiada apa-apa mas@lah, kemungkinan dia akan dibenarkan pulang ke rumah, namun tidak dijanjikan.
Kongsi pelakon drama 'Kampung People' itu lagi, doktor juga memberitahunya, berikutan mas@lah ketumbuhan dihidapi itu, dia akan dipantau selama lima tahun bagi memastikan agar benar-benar pulih.
Selain itu, Shahronizam berkata, dia akan dibenarkan keluar hospital mungkin paling cepat minggu depan, tapi dia perlu juga pergi ke Klinik Kesihatan untuk buat 'dr£ssing'.
Shahronizam turut mengulas s0al pantang pemakanan, dimana katanya, semua makanan boleh dimakan tetapi dalam proses pemulihan ini dia yang kurang berselera.
Dalam pada itu, Shahronizam menjelaskan, kekuatan tangan kanannya kini hanya sekitar 40 peratus akib@t pembuangan tulang berkenaan.
"Selepas ini saya perlu lakukan senaman ringan untuk mengembalikan fungsi tangan. Dulu boleh angkat tinggi, tapi sekarang kekuatan tinggal lebih kurang 40 peratus sahaja sebab tulang dah dip0tong.
"Saya pun tak boleh baring lurus, kena tidur mengiring sebab ada dua tiub di bahagian bahu dan rusuk. Apapun, Alhamdulillah selama saya berada di hospital untuk jalani rawatan, ramai rakan artis datang melawat. Cuma, pihak persatuan seperti Seniman Malaysia atau wakilnya yang tiada.
"Saya ahli Seniman sebab saya pelakon dan saya pun sudah maklumkan kepada persatuan mengenai peny@kit yang saya hidap ini," katanya yang juga memberitahu, dia bagaimanapun pernah dihubungi wakil daripada Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) yang dikendalikan Datuk Dj Dave untuk bertanya khabar.
Shahronizam yang berehat seketika daripada lakonan itu memberitahu, dia akan kembali semula ke set penggambaran drama terbaharu pada Disember depan.
Sekitar bulan Ogos, Shahronizam difahamkan membuat pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Ampang dan kemudian k£snya dirujuk pula ke Hospital Ampang.
Pada 12 September lalu, Shahronizam menjalani proses ujian Imbasan Pengim£jan Res0nans Magn£tik (MRI) di Hospital Ampang dan seterusnya dia dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur.
Terdahulu, Sahronizam berkongsi mengenai penemuan tum0r di bahagian kanan belakang badannya sejak beberapa bulan lalu.
Isterinya iaitu penyanyi dan pelakon, Safura turut memaklumkan mengenai keadaan kesihatan suaminya itu menerusi hantaran di media sosial miliknya.
Meskipun berdepan ujian kesihatan, Shahronizam tetap meneruskan tanggungjawab dan bekerja seperti biasa.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment