03 November 2025

ISTERI & ANAK BERI KEJUTAN - ACHEY TAK SANGKA IMPIAN MILIKI MOTOSIKAL MEWAH JADI KENYATAAN



"Tiara yang suruh beli motosikal sebab ayah memang suka motor besar. Tergamam Achey bila dapat motosikal idaman dia," kata isteri kepada pelawak Achey iaitu Anne dalam satu video yang dimuat naik di media sosial.

Melihat pada perkongsian video itu, Achey tidak menyangka impiannya untuk memiliki motosikal mewah akhirnya menjadi kenyataan apabila isterinya menghadiahkan sebuah Harley Davidson.

Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 39, dilihat begitu terk£jut dan teruja menerima hadiah berkenaan sambil memeluk isterinya.

Apa yang menarik, pelakon Izzue Islam turut dilihat menunggang motosikal berkenaan bersama Tiara untuk memberi k£jutan kepada Achey.

Dalam pada itu, Anne atau nama sebenarnya, Nor Hasanah Yahaya, berkata, idea untuk menghadiahkan motosikal yang dianggarkan bernilai RM150,000 itu adalah daripada anak mereka, Tiara.

Klik untuk gambar besar

Tambahnya lagi, suaminya itu sering kali meluahkan hasrat untuk memiliki motosikal berkenaan, namun tidak pernah menunaikannya kerana lebih mengutamakan keluarga.

"Alhamdulillah, kejutan menjadi. Ini hadiah untuk insan yang sangat kuat bekerja demi keluarga. Semua sayang dia, tapi dia kadang-kadang tak sayang diri sendiri. Asyik sebut nak Harley Davidson, kita diamkan saja," ujarnya.

Perkongsian Anne di media sosial itu turut menerima pelbagai reaksi p0sitif daripada peminat yang memuji keprihatinan dan kasih sayang antara mereka.

Untuk makluman, Achey dan isterinya mengambil Tiara sebagai anak angkat selepas kanak-kanak itu dilahirkan pada 2018.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: