"Kalau dilihat, saya memang tak pernah muatnaik gambar bakal isteri di mana-mana platform sebelum ini. Kiranya ini kemunculan pertama kami di khalayak ramai.
"Saya sekarang dah sedia untuk tunjukkan wajah dia selepas hampir dua tahun juga kami kenal. Sebelum ini saya macam sembunyikan dia, sampai keluarganya bertanya sama ada saya s£rius atau tidak.
"Bukan saya sengaja tak nak tunjuk tapi sebab ada mas@lah lain sebelum ini. Tapi dah dapat kebenaran macam ini, okeylah saya tunjuklah."
Itulah jelas penyanyi yang popular dengan lagu 'Laguku Untukmu', Hasnol Hassan Ariff, 55, dimana dia menafikan sudah berkahwin dengan teman wanitanya secara diam-diam.
Kata Hasnol, berlaku sal@h faham apabila dia memuatnaik gambar mereka berdua di hadapan pelamin sedangkan mereka sebenarnya menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan.
Tuturnya lagi, hubungan dengan bakal isterinya yang berasal dari Temerloh itu memang sudah lama dan sesekali mereka bertemu apabila ada kelapangan.
"Dia sebenarnya bekerja dan tinggal di Johor. Tapi itulah, apabila saya tak berkongsi sangat, tak bercerita sangat, jadi ada orang yang anggap macam dah tak jadilah, macam dah putuslah.
"Cerita sebenarnya, memang ada yang nak cuba merenggangkan kami, tapi dia lebih mengenali saya sebab selama hampir dua tahun ini, kami kerap berhubung. Tiada rahsia antara kami.
"Dia pergi mana, dia pasti akan maklumkan. Begitu juga saya. Dia pun tahu perangai saya macam mana. Kami saling mempercayai, Insya-Allah," ujarnya.
Kongsi Hasnol, dia mengambil kesempatan membawa bakal isterinya ke majlis terbabit di Cheras, memandang wanita itu bercuti dan datang ke Kuala Lumpur.
"Saya pun dah kenalkan dia dengan semua kawan-kawan. Semua cakap dia okey dan tak s0mbong. Malah dia pun boleh menyesuaikan diri dengan mereka.
"Insya-Allah sekiranya perancangan dimakbulkan Allah, kami akan disatukan selepas Hari Raya tahun depan. Kami tak akan sembunyikan perkara baik ini kepada semua pihak." katanya.
Terdahulu, Hasnol pernah memberitahu, dia akan melangsungkan perkahwinan ketiganya Jun lalu, tetapi terpaksa ditangguhkan kepada satu tarikh lain pada tahun depan.
Tindakan ini terpaksa dilakukan berikutan mas@lah dalaman keluarganya yang berlaku dan sedang diatasinya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment