"Kami percaya pada standard keselamatan, kualiti dan pengalaman yang tinggi. Selepas penilaian ris1ko, kami mendapati meneruskan konsert dengan garis masa semasa boleh menj£jaskan kualitinya.
"Semua bayaran balik akan dipr0ses segera," demikian kata Pengarah Urusan SAH Entertainment, Sufi Rashid yang turut memuat naik kenyataan di media sosial miliknya.
Menurut kenyataan rasmi SAH Entertainment dan Universal Music Malaysia (UMM), keputusan itu terpaksa dibuat selepas menilai semula keseluruhan persiapan termasuk aspek keselamatan, teknikal, kelulusan dan operasi yang tidak dapat diselesaikan mengikut jadual.
Klik untuk gambar besar
Peminat kumpulan Dolla terpaksa menerima berita meng£jutkan apabila pihak penganjur mengumumkan pembatalan konsert 'Dolla Good Girls Gone Bad Live in Concert' yang sepatutnya berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya pada 6 Disember ini.
Sementara itu, Pengarah Urusan UMM, Kim Lim, turut menzahirkan rasa sedih atas pembatalan tersebut dan menyifatkan keputusan itu tidak dibuat dengan mudah.
"Kami tahu ramai yang menantikan konsert ini. Membatalkan acara, lebih-lebih lagi membabitkan kumpulan seperti Dolla dan hubungan mereka dengan iDOLLA, bukan keputusan yang diambil sewenang-wenangnya. Kami mohon maaf atas segala kesul1tan," ujarnya.
Sementara itu, penganjur memberi jaminan semua pemegang tiket akan menerima bayaran balik penuh secara automatik melalui kaedah pembayaran asal tanpa perlu membuat sebarang tindakan.
Pelanggan diminta menunggu tiga hingga empat minggu untuk proses pemulangan wang, bergantung kepada bank atau penyedia kad masing-masing.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment