"Alhamdulillah, hari ini Allah izinkan saya singgah ke 'rumah baru' arwah Pak Yus. Hujung bulan ini genap 10 tahun pemergian Pak Yus.
"Last saya peluk Pak Yus masa kat Hospital Selayang. Dahulu rajin Pak Yus call tiba-tiba semata untuk bertanya khabar dan berborak kosong.
"Walaupun tidak serapat seperti sahabat yang lain sebenarnya, tapi cara Pak Yus bergaul itu buat adik-adik rasa tak jauh dengan seorang Pak Yus ketika hayat.
"Semoga diterangkan kubur Pak Yus, dilapangkan kubur Pak Yus, dan semoga arwah Pak Yus ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, beramal soleh, solehah, ahli syurga, dan para syuhada', aamiin ya mujib."
Itulah tulis pelawak Amir Raja Lawak menerusi perkongsian di media sosial, dimana dia meluahkan rasa syukur apabila berkesempatan melawat pusara Allahyarham Pak Yus yang akan genap 10 tahun pemergiannya hujung bulan ini.
Dalam hantaran itu, Amir turut berkongsikan kenangan dengan arwah Pak Yus yang rajin menghubunginya untuk bertanya khabar serta berborak.
Tutur Amir lagi, meskipun tidak mempunyai hubungan rapat dengan Allahyarham, namun cara arwah Pak Yus bergaul membuatkan dia tidak merasa jauh.
Untuk makluman, Yus Jambu meninggal dunia akib@t s£sak nafas di Hospital Selayang pada 30 November 2015.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment