13 November 2025

DEMI KELANGSUNGAN HIDUP BERSAMA ANAK - FARA SALLEH SANGGUP BUAT TIGA KERJA : "SEKARANG INI ASAL HALAL, ORANG NAK CAKAP APA PUN LANT4KLAH"



"Saya buat tiga kerja. Terima tawaran sebagai live host sebab bayaran agak bagus dan tempat kerja pula dekat dengan rumah, hanya 10 minit dari taska anak.

"Kalau buat puding roti pula, saya ambil tempahan hujung minggu sebab masa itu adik boleh tolong tengokkan anak. Nak kerja tetap tak berani lagi sebab anak masih kecil."

Itulah ujar isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh, 33, dimana dia sanggup melakukan tiga jenis pekerjaan demi kelangsungan hidup bersama anak perempuan, Elaine Nada.

Jelas Fara, selain bekerja sebagai live host di media sosial, dia juga menjual tudung dan menerima tempahan puding roti yang dibuat sendiri bagi menambah pendapatan harian.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Fara berkata, walaupun Shuk masih memberi nafkah buat anak mereka, jumlahnya tidak mencukupi untuk menampung kos kehidupan seharian.

"Ada bagi, tapi memang tak cukup. Susu dan lampin anak sekarang mahal, belum masuk bayaran taska RM700 sebulan. Anak saya kuat menyusu, saya pun kena sediakan kos perubatan juga," tuturnya.

Disamping itu, Fara mengakui, walaupun ada segelintir pihak menyangka dia sedang melalui kesus@han, namun dia kini lebih bahagia dengan kehidupannya.

"Sekarang ini asal halal, orang nak cakap apa pun lant@klah. Saya ada komitmen yang perlu dibayar setiap bulan. Saya kerja dengan bayaran yang dipersetujui, bukan tangkap muat.
"Selagi saya tak kac@u orang atau mengata sesiapa ketika live, saya tak peduli kalau ada yang nak kec@m. Kadang-kadang orang s@kit hati bila nampak kita okay. Mungkin ada yang nak tengok kita terus j@tuh," katanya.

Sebelum ini, seorang pengguna Thr£ads meluahkan rasa simpati kepada Fara selepas melihat wanita itu berniaga pelekat pakaian di media sosial.

Untuk makluman, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada November 2023 di Thailand dan dikurniakan seorang anak perempuan, Elaine Nada, yang dilahirkan pada 26 Jun lalu.

Bagaimanapun, lafaz cerai yang didakwa dibuat oleh Shuk pada April lalu masih belum diputuskan oleh mahkamah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: