14 November 2025

HADIR KE PENGEBUMIAN IBU HAFIZ SUIP - ADIRA TAK SANGKA ARWAH PERGI SECEPAT ITU : "KALAU BERHENTI MEMANG RUGI, SEBAB SUARA UNIK... SAYA SELALU DOA AGAR DIA 'COMEBACK STRONGER'..."



"Hubungan saya dengan keluarga Hafiz memang rapat sejak dulu lagi. Saya tahu tentang pemergian arwah pun daripada ahli keluarganya. Saya bersyukur dapat hadir ke pengebumian arwah kerana kebetulan saya berada di Kuching untuk memenuhi undangan persembahan."

Demikian kata penyanyi Adira Suhaimi, 34, dimana dia berkesempatan hadir ke pengebumian ibu kepada rakan selebriti, Hafiz Suip iaitu Allahyarham Halizawati Salleh, 60, yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya, Sarawak pada pagi Selasa.

Jelas Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, dia kebetulan berada di Kuching ketika itu bagi memenuhi undangan persembahan, selain dia juga tidak menyangka arwah pergi secepat itu memandangkan mereka baru sahaja bertemu pada konsert sulung Hafiz yang berlangsung di Mega Star Arena, Bukit Bintang pada 1 November lalu.

Klik untuk gambar besar

Tambahnya lagi, dia tidak sempat bertemu Hafiz sewaktu ziarah pengebumian ibunya kerana memahami penyanyi itu memerlukan masa untuk bertenang selepas kehilangan insan tersayang.

"Saya memang tak sangka sebab baru saja jumpa arwah masa konsert Hafiz baru-baru ini. Tapi masa saya sampai, jenazah dah selamat dikebumikan. Secara jujur saya tak sempat jumpa Hafiz, cuma dapat berborak dengan ahli keluarga dia saja.
"Iyalah, dia baru kehilangan ibu... jadi saya cuma kirim salam takziah buat dia," tuturnya yang turut berkata, sebagai rakan baik, dia sentiasa mendoakan agar Hafiz kembali bangkit dengan lebih kuat dan tidak pernah putus semangat untuk kekal dalam industri muzik tanah air.

"Saya yakin Hafiz akan teruskan karier dia seperti biasa sebab dia memang sangat cintakan dunia muzik. Kalau dia berhenti memang rugi, sebab suara dia unik dan orang boleh dapat tangk@p. Saya selalu doa agar dia 'comeback stronger' dan selalu pesan supaya jangan berhenti berkarya," ujarnya.

Untuk makluman, Allahyarham Halizawati Salleh menghembuskan nafas terakhir pada malam Isnin selepas beberapa hari dirawat di Hospital Umum Kuching akib@t k0mplikasi peny@kit k£ncing manis.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: