"Sekarang bila tengok durian saya jadi t@kut. Malah, saya pun dah tak makan durian lagi. Kalau buah-buahan lain itu, okaylah masih saya makan kecuali durian.
"Daging pun saya tak makan. Alhamdulillah, kesihatan saya pun okay dan sudah dua bulan saya bekerja semula di tempat kerja lama yang menjual pakaian.
"Apabila sudah bekerja ini, mas@lah pendapatan tiada lagi sebab kita bekerja dengan orang dan gaji yang diperoleh itu pun cukup untuk menyara kehidupan saya."
Itulah jelas anggota kumpulan Nico G iaitu Dino, 50, dimana dia semakin pulih selepas dis£rang angin ahmar atau str0ke pada awal Julai lalu, namun dia mengakui kini t@kut apabila melihat durian.
Sebelum ini, Dino atau nama sebenarnya Mohd Shah Rosli mendakwa akib@t memakan tujuh biji durian kampung, berkemungkinan menjadi punca dia dis£rang angin ahmar.
Dalam pada itu, ujar Dino lagi, pekerjaannya itu tidak memb£bankan kerana ia masa kerja yang normal iaitu bermula dari 10 pagi hingga 7 malam sahaja setiap hari.
"Cuma, setiap pagi selepas bangun daripada tidur, saya akan pastikan membuat senaman ringan di rumah sebelum keluar bekerja bagi memudahkan perjalanan dar@h ke seluruh badan," tuturnya.
Sementara itu, ditanya mengenai karier nyanyian pula, Dino memberitahu, sehingga kini Nico G tidak mendapat tawaran dan baginya menyanyi pun sudah tidak sesuai lagi.
"Untuk menyanyi, tak dapat apa-apa tawaran pun. Tapi tidak mengapalah sebab saya pun dah tak boleh menyanyi macam dulu.
"Selepas dis£rang str0ke dan dah pulih, sekarang percakapan saya ada sedikit gagap. Jadi, kalau nak menyanyi itu rasanya sudah tak boleh macam dulu lagi," katanya.
Tambahnya lagi, sekarang dia hanya ingin fokus dengan pekerjaan sedia ada bagi meneruskan kelangsungan hidup kerana itu lebih baik dengan gaji bulanan yang diperolehnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment