"Isteri saya bersalin seminggu awal dan semunya berjalan dengan lancar. Lebih tersentuh harapan isteri nak bersalin secara normal tercapai semasa melahirkan anak kedua."
Demikian kata vokalis kumpulan Floor 88, Ayie Ilham, 28, dimana dia berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Tasha Awie selamat melahirkan cahaya mata perempuan kedua mereka secara normal di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Rabu lalu.
Jelas Ayie atau nama sebenarnya, Nik Fadlee Elhamshah, isterinya itu bersalin seminggu awal, namun bersyukur kedua-duanya dalam keadaan baik, namun bayi perempuan yang diberi nama Nada Aurora itu bagaimanapun masih perlu mendapatkan rawatan di hospital ketika ini.
Klik untuk gambar besar
"Tapi sekarang Alhamdulillah kesihatan dia pun sudah semakin baik, Insya-Allah akan keluar hospital dalam minggu ini," tuturnya.
Dalam pada itu, Ayie berkata, dia masih lagi sibuk dengan tuntutan kerja, namun berusaha untuk mencvri masa buat isterinya dan sepanjang bekerja isterinya itu akan ditemani ahli keluarga serta confinement lady (CL).
"Kerja masih berjalan seperti biasa. Walau jauh mana kerja itu saya akan cuba balik hari. Sebelum ini dari Johor pun, saya akan balik dan melawat isteri di hospital.
"Tapi sementara saya keluar bekerja, isteri akan dijaga oleh ibu dan balik rumah nanti akan ada CL yang jaga. Kerja itu satu rezeki dan saya tak boleh tolak tapi kena pandai susun jadual dengan baik," luahnya.
Untuk makluman, Ayie dan Tasha sah bergelar suami isteri pada 20 Oktober 2021 dan pasangan ini turut mempunyai seorang lagi cahaya mata perempuan iaitu Nayla Amanda yang kini berusia tiga tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment