Selepas mengalami s£rangan jantung pada Jun lalu, pengarah Murali Abdullah, 62, memaklumkan keadaan kesihatannya kini semakin sihat, namun tiada pihak pr0duksi yang mahu mengambilnya bekerja.
Tutur Murali, dia masih lagi ingin bekerja sebagai pengarah, tetapi hingga kini tiada pihak pr0duksi yang menghubunginya dan sudi memberi peluang untuk berkarya.
"Sekarang ini, saya memang tiada kerja. Tapi Alhamdulillah ada beberapa kawan yang membantu dari segi kewangan antaranya Datuk Sidi Oraza, termasuk keluarga dan anak saya juga.
"Dari segi pendapatan, saya tak pernah laparlah. Kawan-kawan ada sahaja bantu. Dua anak saya pun masing-masing sudah bekerja dan dapatlah bantu bayar sewa rumah serta sebagainya.
"Alhamdulillah, anak perempuan pun kini tinggal serumah dengan saya dan menjaga saya sejak dia datang dari Kedah apabila dapat bekerja di ibu kota. Anak lelaki saya sudah berumah tangga," jelas bapa kepada dua anak ini.
Disamping itu, Murali berkata, dia tidak mencampuri urusan pilihan hati anak perempuannya, Puteri Nur Alysa, 24, yang menarik minat segelintir netizen kerana cantik dan ingin jadi menantu.
"Anak perempuan saya masih belum berkahwin lagi. Malah, soal jodoh ini terpulang kepada anak saya. Dia suka, sukalah. Saya tak boleh nak kata apa lah.
"Tapi, biarlah mereka yang pilih sendiri," katanya yang turut memaklumkan anak lelaki, Muhammad Emil Mahadil, 28, berkahwin dengan pasangannya yang sama universiti di Mesir.
Sementara itu, Murali turut mengulas mengenai perancangan akan datang kerjaya seninya, dimana dia bercadang mahu mengarahkan filem bergenre kerohanian Islamik, namun perlu mencari dana terlebih dulu.
Untuk makluman, selain mengalami s£rangan jantung pada malam Aidiladha lalu, pada hujung November 2018, Murali pernah mengalami s@kit saraf sehingga tangan kanannya tidak boleh bergerak.
Sepanjang berhadapan ujian kesihatan itu, Murali menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sehingga pulih, termasuk mendapatkan ubat-ubatan diperlukan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment