"Tuhan beri saya dua telinga dan kemudian sebelah menjadi pekak. Itu semua kerja Tuhan dan saya hanya berserah. Selagi boleh nyanyi saya akan terus menyanyi. Dengan satu telinga ini saya akan terus perjuangkan.
"Saya ambil tanggungjawab sepenuhnya dalam membuat persembahan. Untungnya zaman sekarang ada alat bantuan untuk penyanyi iaitu ear monitor. Selagi alat itu berfungsi dengan baik, tidak menjadi mas@lah untuk saya."
Itulah jelas penyanyi Indonesia yang juga peserta pr0gram Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) iaitu Shae, dimana dia tidak menggangap mas@lah pendengaran yang dialami sejak kecil itu sebagai satu penghalang buat dirinya untuk meneruskan minat dalam bidang nyanyian.
Kata Shae atau nama sebenarnya, Sheryl Gething, 31, meskipun hanya dapat mendengar dengan sebelah telinga, ia sudah cukup menjadi satu rahmat besar buatnya untuk terus menghiburkan peminat.
Klik untuk gambar besar
Kongsinya lagi, dia yang menyedari tentang tahap pendengaran ketika di sekolah, bagaimanapun tidak menceritakan perkara sebenar kepada ibu bapanya.
"Sejak sekolah rendah saya sudah mula rasa ada mas@lah susah mendengar tetapi saya tidak pernah cerita kepada ibu bapa. Saya juga banyak peny@kit lain dan sering dibawa ke hospital, sebab itu tidak beritahu ibu bapa tentang mas@lah telinga.
"Sehinggalah umur 16 tahun saya baru cerita kepada ibu bapa dan melakukan pemeriksaan. Tiga doktor pakar yang ditemui memberitahu telinga kiri saya pekak secara total," tuturnya.
Susulan mas@lah yang dialami, Shae memberitahu, doktor juga pernah memberi cadangan untuk melakukan pemb£dahan dan dia juga difahamkan punca telinganya tidak dapat mendengar adalah disebabkan mas@lah saraf.
"Apabila melakukan pemeriksaan, telinga saya dalam keadaan sihat. Tetapi ia seperti saraf telinga dan 0tak tidak bersambung. Gelombang suara boleh masuk ke telinga tetapi tidak sampai ke 0tak.
"Doktor pernah beri cadangan untuk melakukan pemb£dahan, namun tiada jaminan akan pulih semula," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment