02 November 2025

GEGAR VAGANZA MUSIM KE-12 BUAT K£JUTAN - ZAITON SAMEON PESERTA YANG KE-14?



Pr0gram Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) yang bersiaran secara langsung dari Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor (MBSA) pada malam ini telah membuat k£jutan dengan menampilkan penyanyi Zaiton Sameon.

Kehadiran penyanyi yang popular dengan lagu 'Menaruh Harapan' itu mendapat perhatian ramai serta menc£tuskan sorakan gemuruh di dewan sebaik namanya diumumkan selepas 13 peserta lain diperkenalkan terlebih dahulu kepada penonton.

Bagaimanapun, kesahihan adakah Zaiton sebagai peserta ke-14 belum dapat dipastikan kerana pihak pr0duksi enggan mengulas lanjut dan hanya meminta agar menunggu sehingga tamat pr0gram.

Selain Zaiton, 13 peserta lain yang turut bersaing musim ini ialah Krisya, Mell Sakura, Iskandar Ismail, Shy8, Shae, Korie, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Ruri Repvblik, Nubhan dan Rahmat Ekamantra.

Klik untuk gambar besar

Manakala dua kumpulan yang turut bertanding ialah Freshies dan Mendua.

Malam pembukaan GV12 turut diserikan dengan persembahan daripada tiga finalis Gegar Vaganza 11, iaitu Liza Aziz, Sheila Abdul dan Ning Baizura yang membuka tirai dengan persembahan penuh bertenaga.

Pr0gram Gegar Vaganza 12 menyaksikan gandingan Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad selaku hos.

Barisan juri tetap pula terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: