"Saya memang bawa emak dari Kuching ke Kuala Lumpur, tetapi saya tidak tahu penganjur merancang membawa orang tua saya naik ke pentas. Ia memang satu k£jutan.
"Saya rasa sedih dan terharu apabila insan yang saya sayang hadir ke konsert saya. Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan itu. Ia momen yang sangat berharga buat saya."
Itulah kata penyanyi Hafiz Suip, dimana dia gag@l menahan sebak tatkala ibu bapanya membuat kemunculan istimewa di atas pentas Konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip yang berlangsung di Megastar Arena, di sini, malam tadi.
Klik untuk gambar besar
Lebih mengharukan, kemunculan ibu bapa Hafiz sewaktu penyanyi itu mendendangkan lagu 'Pelangi Petang' nyanyian asal Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, yang sering dikaitkan dengan nilai kasih, rindu dan penghargaan terhadap insan tersayang.
Sebaik menyedari kehadiran mereka, pemenang trofi Penyanyi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) tiga kali berturut-turut itu segera mendakap kedua-dua ibu bapanya dengan erat, yang mengundang linangan air mata dalam kalangan penonton.
Akui Hafiz atau nama penuhnya, Mohamad Hafiz Mohamad Suip, ketika mengulas detik berharga itu, kemunculan ibu bapanya di atas pentas menjadi antara kenangan paling manis dan bermakna sepanjang bergelar anak seni.
Penonton turut dihiburkan dengan deretan lagu popularnya seperti 'Bahagiamu Deritaku', 'Awan Nano', 'Noktah Cinta', 'Masih Jelas', 'Matahari' dan 'Terus Bersinar', selain beberapa karya baharu yang dipersembahkan dengan susunan muzik segar.
Malam berkenaan turut menyaksikan kejutan istimewa apabila Hafiz berduet bersama Pengarah Urusan SAH Entertainment, Sufi Rashid menerusi lagu 'Ku Akui'.
Konsert berdurasi dua jam itu juga menampilkan Adira dan Umairah, yang masing-masing memukau penonton dengan persembahan vokal bertenaga.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment