03 November 2025

GV12 - ZAITON SAMEON BUKAN PESERTA TAPI JEMPUTAN BAGI SEGMEN BAHARU 'LEJEN LANJER'



Ramai menyangka penyanyi veteran, Zaiton Sameon merupakan peserta ke-14 Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) selepas kemunculannya di pentas program tersebut pada malam Ahad itu menc£tuskan kek£liruan.

Namun di akhir rancangan terbabit, penyanyi yang popular dengan lagu 'Menaruh Harapan' itu ternyata bukan peserta, sebaliknya penyanyi jemputan bagi segmen baharu dinamakan 'Lejen Lanjer.

Meskipun sudah lama tidak muncul di pentas besar, persembahan Zaiton itu mendapat tepukan gemuruh penonton, sekali gus membuktikan auranya masih kuat.

Untuk info, segmen 'Lejen Lanjer' akan menampilkan penyanyi berbeza setiap minggu dengan menyaksikan Zaiton sebagai tetamu undangan yang pertama.

Menurut pengacara GV12 iaitu Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad, segmen tersebut diwujudkan sebagai tanda penghargaan kepada artis-artis legenda tanah air yang pernah mencipta kegemilangan dalam industri muzik tempatan.

Klik untuk gambar besar

Sebelum ini, kemunculan Zaiton selepas kesemua 13 peserta diperkenalkan, membuatkan penonton di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor (MBSA) bersorak.

GV12 menampilkan 13 peserta bersaing hebat, antaranya Krisya, Mell Sakura, Iskandar Ismail, Shy8, Shae, Korie, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Ruri Repvblik, Nubhan dan Rahmat Ekamantra.

Manakala dua kumpulan yang turut bertanding ialah Freshies dan Mendua.

Malam pembukaan GV12 turut diserikan dengan persembahan daripada tiga finalis Gegar Vaganza 11 iaitu Liza Aziz, Sheila Abdul dan Ning Baizura yang membuka tirai dengan persembahan penuh bertenaga.

Barisan juri tetap pula terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: