"Saya sudah 'lawyer up'. Tapi biasalah, bila libatkan undang-undang, pr0sesnya makan masa. Peguam saya dah hantar surat, tapi surat itu dipulangkan semula. Mungkin orang itu tidak mahu terima surat tu. Jadi sekarang peguam saya sedang teruskan ke fasa seterusnya."
Itulah kata pelakon Sharifah Haneesya, 25, dimana dia memaklumkan, isu bayaran tertunggak berjumlah RM18,000 daripada sebuah ag£nsi selepas memprom0sikan jenama kereta terkenal masih belum selesai.
Sebelum ini, Haneesya mendedahkan telah menjadi m@ngsa pen1puan selepas bersetuju menerima tawaran penggambaran daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai ej£n bagi syarikat autom0tif ternama.
Jelas Haneesya atau nama sebenarnya, Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahlan, sebelum ini peguam mewakilinya sudah menghantar surat tuntutan rasmi kepada individu berkenaan, bagaimanapun surat itu dikembalikan semula susulan pihak terbabit enggan menerimanya.
Dalam pada itu, Haneesya berkata, peguamnya juga menyarankan agar dia berfikir semula tentang tindakan undang-undang yang bakal diambil kerana proses mahkamah berkemungkinan mengambil masa lama dan menelan kos tinggi.
"Peguam saya pun tanya, 'awak pasti nak teruskan ke?'. Sebab naik turun mahkamah, bayar itu ini, kadang-kadang orang rasa tidak berbaloi. Tapi bagi saya, ini s0al prinsip.
"Selepas saya kongsi tentang isu ini, ramai artis mesej saya cakap mereka pun pernah kena dengan orang yang sama. Bukan nak tutup periuk nasi orang, tapi individu macam ni yang sebenarnya r0sakkan rezeki kami sebagai pelakon dan pemp£ngaruh.
"Yang sedihnya, c0ntent saya masih disiarkan oleh pihak syarikat, mereka masih dapat engagement, tapi saya langsung tak terima bayaran satu sen pun tiada," tutur pelakon drama 'Aku Bukan Ustazah 2' itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment