Nama pasangan yang digelar BASS iaitu Bella Astillah, 31, dan Syed Saddiq, 33, hangat dipekatakan di media sosial selepas timbul dakwaan hubungan mereka dig@nggu 'orang ketiga' yang rapat dengan mereka.
Lebih menghangatkan lagi, menerusi laman Thr£ads, ada yang mendakwa kononnya ibu kepada Ahli Parlimen Muar itu lebih menyukai individu berkenaan yang juga kakitangan jenama diwakili pasangan terbabit.
Dakwaan tersebut timbul selepas ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz dikatakan kerap memuat naik foto bersama wanita dikenali sebagai Ami Ilana itu berbanding Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah.
Klik untuk gambar besar
Susulan itu, ada juga netizen mendakwa Bella yang merupakan seorang ibu tunggal dua anak ini bukan calon pilihan sehingga mengundang simpati ramai jika pelakon dan penyanyi itu dikec£wakan lagi selepas berdepan ujian rumah tangga sebelum ini.
"Aku baru perasan Instagram mama YB (Yang Berhormat) memang penuh muka perempuan itu dan Bella tak update langsung fasal YB punya (Ironman)," kata netizen yang lain.
Hasil carian di laman sosial menunjukkan Bella, Syed Saddiq dan wanita berkenaan berkawan rapat apabila sering menghabiskan masa bersama-sama termasuk bercuti di luar negara.
Malah, ada segelintir pemerhati lain juga meluahkan kebimb@ngan sekiranya Bella nanti bakal dikec£wakan sekali lagi andai khabar angin tersebut benar.
"Kasihan Bella, kenapa emak teman lelakinya tak sukakan dia sedangkan dia baik gil@. Apa kurangnya dia," tulis netizen.
"Harap Bella tak kena khian@t lagi. Orang baik selalu kena khian@t. Sumpah tak sanggup tengok dia sedih lagi," kata netizen lain pula.
Susulan itu, ruangan komen dalam media sosial wanita yang didakwa 'orang ketiga' ini dibanjiri pelbagai maklum bal@s netizen, sebelum ia dibal@s wanita terbabit.
Menerusi komen bal@s itu, wanita tersebut menafikan dakwaan yang mengatakan dia sebagai 'pengac@u' hubungan Bella dan Syed Saddiq dengan mendakwa dia difitn@h : "Betul. Allah tak diam. Fitn@h pun Allah tahu."
Terbaru, Bella ada memuat naik ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Syed Saddiq menerusi perkongsian terkini dan ia sedikit sebanyak memberi kelegaan serta meredakan tanggapan ramai tentang hubungan mereka yang didakwa sedang berg0lak ketika ini.
"Terima kasih Syed Saddiq kerana selalu ada dan menyokong saya dalam apa sahaja. MashaAllah, awak memang terlalu baik," tulis Bella di ruangan kapsyen.
Lebih mengujakan, Syed Saddiq turut meninggalkan komen memuji kehebatan Bella disertai emoji berbentuk hati : "Awak seorang wanita besi."
Komen Syed Saddiq itu menerima respon daripada Bella yang membal@s dengan emoji hati berwarna merah.
Melihat hubungan yang masih baik, rata-rata netizen mendoakan agar Bella dan Syed Saddiq terus bahagia dan saling menyokong.
"Bukan biasa-biasa emoji dia pakai, bersemut sangat dah ni. Alhamdulillah."
"Tapi kalau betul menghargai, jadikan dia yang rasmi. Jangan biarkan dia dengan pelbagai g0sip."
"Faham, sekarang main bal@s-bal@s emoji saja. Harap jangan sesiapa usik mereka," antara komen-komen netizen.
Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq dikatakan semakin rapat dan mesra selepas mereka serasi bergandingan mewakili beberapa jenama, namun masing-masing sehingga masih berdiam mengenai hubungan mereka.
Apa yang membuatkan hati peminat semakin berbunga-bunga apabila pasangan BASS ini bersama keluarga masing-masing, malah Bella juga menemani Syed Saddiq ke Kejohanan Dunia Ironman 2025 di Perancis yang berlangsung pada 14 September lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!









No comments:
Post a Comment