“Ramai tertanya-tanya sejak bila saya mengandung… sedar-sedar saya sudah mempunyai bayi?
“Untuk makluman, saya sengaja merahsiakan kehamilan untuk mengelakkan perkara tidak diingini. Saya pernah melalui keguguran sebelumnya, jadi saya memilih untuk memberi fokus kepada perniagaan dan kemelut rumah tangga tanpa perhatian umum,” demikian pendedahan eksklusif pelakon dan usahawan terkenal, Nur Nilam Ortiz, ketika ditemui di sebuah hospital di ibu kota.
Tambah Nur Nilam, berita ini mungkin mengejutkan peminat serta warganet, namun semuanya telah dijelaskannya melalui sesi siaran langsung di TikTok semalam.
Dalam sesi itu, beliau memaklumkan bahawa anaknya yang baru berusia lima minggu, yang kini hanya dirujuk sebagai “KJ”, telah dimasukkan ke hospital sebanyak dua kali akibat jangkitan kuman dalam darah.
Klik untuk gambar besar
Ia sekali gus menjawab persoalan mengenai kelahiran bayi tersebut yang sebelum ini tidak mendapat liputan meluas, dan mengapa Nilam serta suaminya, pelakon Azlan Komeng, memilih untuk menyembunyikan berita kehamilan tersebut daripada umum.
"Saya akui alami tekanan emosi sepanjang tempoh kehamilan tersebut kerana ia memberi kesan kepada kesejahteraan diri dan kandungan.
“Saya bukan sahaja perlu menjaga kandungan, tetapi juga diri sendiri. Namun dalam keadaan penuh tekanan, ia sedikit sebanyak menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan. Kesan itu mungkin menjadi antara punca keadaan anak saya sekarang,” ujarnya dengan tenang.
"Saya merayu doa daripada orang ramai agar kesihatan “KJ” kembali pulih.
“Saya juga mohon doa semua agar ‘KJ’ segera sembuh. Sebagai seorang ibu, saya hanya mahu memberi sepenuh perhatian kepada anak kedua saya ini, tanpa terheret lagi dalam masalah yang tidak membawa kebaikan,” tambah Nilam.
Untuk rekod, “KJ” merupakan anak pertama hasil perkahwinan Nilam dan Azlan Komeng selepas lima tahun bergelar suami isteri. Nilam turut memiliki seorang anak lelaki berusia tujuh tahun daripada perkahwinan terdahulu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment