"Syukur... saya berjaya mencapai impian ini. Saya belajar sejak 2018 dan tamat pada 2022. Ia pengajian jarak jauh di Universiti Utara Malaysia.
"Bayangkan saya belajar di UUM Kuala Lumpur dari sebelum zaman C0V1D sampailah zaman C0V1D. Alhamdulillah."
"2018-2022. Alhamdulillah saya alumni UUM, Creative Industry Management. Konvokesysen UUM. Lepas ini boleh naik gaji tak?"
Itulah kata pelakon dan penerbit, Sharifah Shahora atau nama penuhnya, Sharifah Shahora Syed Akil, 51, menerusi hantaran di media sosial miliknya.
Shahora berkongsi kegembiraannya apabila berjaya menaiki pentas pada majlis graduasi yang berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah, semalam.
Melihat pada hantaran itu, Shahora berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda pengurusan industri kreatif dengan kepujian kelas pertama.
Perkongsian isteri kepada pengarah Raja Mukhriz ini menerima pelbagai reaksi gembira dari rakan-rakan penggiat seni serta peminatnya.
"Bff siapa yg hebat sangat ni? 'super proud of u beb'. Sharifah Shahora jommm 'celebrate'!!" tulis penerbit Sheila Rusly.
"Alhamdulillah.. Tahniah. Jurusan apa tu? Geografi tempatan ke?" gurau Bell Ngasri yang mengusiknya.
Turut memberikan reaksi ialah pelakon Anne Abdullah : "Tahniah beb yehaaa lepas ni aku pulakk aamiin tak sabar rasanya."
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment