14 November 2025

BARANG DILEL0NG - DATUK SERI VIDA DEDAH ADA SENTIMENT4L VALUE' DIBELI PEKERJA SENDIRI



Usahawan sens@si, Datuk Seri Vida tampil mengulas mengenai barangan miliknya yang dilel0ng, dibeli oleh pekerjanya sendiri.
"Ya third party (pihak ketiga). Kalau yang tahu-tahulah. Yang tak tahu, perlu tahu juga benda begini. Mereka selalu tengok orang itu bersama saya. Jadi, siapa lagi kalau bukan mereka," jelasnya.

Kata Vida atau nama sebenarnya, Datuk Seri Hasmiza Othman, apa sahaja yang berlaku, dia perlu menyelamatkan asetnya yang dibeli dengan wang hasil titik peluhnya.

"Juga, ada 'signature value' kepada semua perabot-perabot itu. Walaupun orang kata, eh, clearkan, biar, saya boleh beli lain. Tapi saya rasa untuk waktu ini saya pertah@nkan 'sentimental value' saya inilah," katanya.

Terdahulu, sebanyak 727 harta miliknya yang dis1ta, berjaya dilel0ng dengan nilai RM1 juta, pada 30 Oktober lalu.

Keputusan itu diumumkan pelel0ng berlesen, S Punithawathi pada jam 1.40 tengah hari ketika pr0ses lel0ngan dijalankan di banglo Hasmiza di Persiaran Bukit Meru, Meru Heights, Ipoh, Perak.

Dalam pada itu, jelas Vida, dia sudah melalui pr0ses rundingan beberapa kali dan menawarkan bayaran secara 'lumpsum' (sekali gus), namun ditolak.

"Contoh ya, 'first' saya 'offer' saya kata, saya sumpah saya tak nak bayar satu sen pun. Tapi saya rasa macam saya kena jaga reputasi saya yang takkan boleh dikambus dengan, dengan 1 juta ini.

"Reputasi saya dah jah@nam. Saya bayar RM500 ribu, dia tak nak. Jumpa lagi, nak bayar RM600 ribu, dia tak nak. Dan kita buat lagi sekali, saya kata, apa yang menyebabkan you tak nak?.

"Oh, dia cakap ada orang ini, ada orang itu. Siapa? mari kita 'meeting' bersama. Jadi saya pun nak tengoklah, 'meeting'... dan saya tawarkan RM900,000 'out of' RM1.1 juta," ujarnya.

Bagaimanapun menurutnya, pokok, principlenya adalah RM800,000 sahaja dan Vida mempers0alkan perkara itu.

"Saya cakap, you Islam, you nak lagi makan bunga itu kah? Dia cakap, kalau Datuk bayar saya dulu, saya boleh buat macam-macam. Saya tanya dia bila dulu? Dia jawab tahun 2019.

"Saya cakap, tahun 2019, kalau saya bayar duit itu, kemungkinan akan l£bur kerana Per1ntah Kaw@lan Perg£rakan (PKP). Semua pr0jek akan gag@l. Tapi duit ini saya tak tahu dari duit 'you' atau duit saya.

"Dalam hati sayalah, saya takkan halalkan. Sedih... juta duit saya. Tengoklah saya 'struggle' buat 'sale'. Mana-mana pun buat 'sale', buat 'live'. Tak ada orang s£ndu, kena cari cara lain. Tak cukup Malaysia kita pergi Singapura, tak cukup Singapura kita pergi Brunei," tuturnya.

Vida bagaimanapun p0sitif menganggap ia ujian Tuhan untuk memberi sesuatu yang lebih baik kepadanya. Dia perlu melaluinya dan bersyukur kerana banyak berjumpa orang baik-baik.

Lel0ngan itu diadakan susulan kegag@lan Vida membuat bayaran tertunggak kepada syarikat kontraktor pembinaan, AH Design Communication selepas gag@l mencapai tawaran penyelesaian.

Sebelum ini, Vida dilaporkan mendakwa kegag@lannya menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada AH Design Communication sebanyak RM1,060,285 pada 2018 adalah berhubung dengan kerja ubah suai bangunan kilang miliknya.

Ia susulan Vida dikatakan tidak berpuas hati dengan hasil serta mutu kerja yang dijalankan pihak k0ntraktor terbabit terhadap kerja ubah suai bangunan kilang berkenaan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: