"Saya tidak mengikuti sesiapa dalam Thr£ads tetapi menerima mesej daripada individu. Hari ini nampak ramai pula yang mencari jodoh untuk diri sendiri. Sebenarnya idea yang bagus walaupun macam p£lik jugalah.
"Mungkin sebab saya masih terikat cara lama (old school). Saya mahu lelaki memulakan langkah pertama terhadap saya dahulu walaupun ramai kata zaman sekarang sudah lain."
Demikian tulis penyanyi dan pelakon Farahdhiya menerusi satu hantaran di Thr£ads, dimana dia selesa dengan cara lama mahu lelaki memulakan langkah pertama dalam sebuah hubungan.
Klik untuk gambar besar
Tambahnya lagi, dia masih kekal dengan pendirian selesa dengan cara lama serta mengatakan zaman bercinta sekarang sangat berbeza berbanding dahulu.
"Tetapi tidak mengapa, saya masih selesa dengan ikut cara lama. Bercakap tentang itu, saya rindu pula zaman bercinta dulu-dulu, lain betul dengan sekarang. Orang sekarang p£lik. Perkara yang mereka bicara dan lakukan buat saya t@kut," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment