"Macam mana saya kenal Nora Danish? Yang pasti bukan melalui Instagram. Kami memang tak pernah pun saling mengikuti di media sosial.
"Saya gurau bila saya kata saya bl0ck (s£kat) Nora. Hakikatnya, tiada sesiapa bl0ck sesiapa. Itu cuma gurauan."
Itulah kata lelaki yang kini sedang rapat dengan pelakon Nora Danish iaitu Mickey Ayo, dimana dia terbuka berkongsikan mengenai detik perkenalan mereka berdua.
Mickey menerusi sesi siaran langsung di media sosial memberitahu, detik perkenalan mereka bukan menerusi media sosial seperti disangka.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, duda kepada dua anak ini turut berkongsi, mereka berkenalan menerusi kawan-kawan ketika keluar makan bersama dalam masa sama enggan terlalu terbuka bercakap mengenai kisah mereka kepada umum.
"Saya cerita sikit saja, kami berkenalan melalui kawan. Kami keluar makan beramai-ramai dengan kawan-kawan, daripada situlah kami mula saling mengenali. Dari situ perkenalannya.
"Apa-apa pun saya doakan yang baik-baik," tuturnya yang juga mendedahkan Nora bukan seorang wanita yang mudah merajuk.
"Dia tak kuat merajuk. Dia ada hati yang k£ras, 'heart of st££l'," kongsinya yang merupakan seorang perunding kewangan itu.
Sebelum ini, Nora mengakui Mickey merupakan lelaki yang sedang rapat dengannya ketika ini dan sering membuatkannya ketawa.
Untuk makluman, Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan Nedim Nazri pada 30 Mac 2017, namun bercerai pada 19 Jun 2024. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia 7 tahun.
Nora turut mempunyai seorang lagi anak lelaki iaitu Putra Rayqal yang kini berusia 17 tahun, hasil perkahwinan terdahulu dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 2006, sebelum bercerai pada 2008.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment