"Dolla, inikah yang kita banggakan sebagai wajah seni hiburan negara kita? Dolla, tolonglah berubah. Makin lama makin par@h, makin terbuka sana sini, makin gha1rah, makin mem@lukan. Apa yang dipertontonkan bukan lagi satu seni hiburan.
"Ia sudah sampai tahap pertunjukan dalam laman gel@p atau kel@b, tetapi secara terang-terangan atas nama seni. Pakaian k£tat mel£kat, singkat terbuka melamp@u, gerakan meng1urkan, semuanya dipakejkan sebagai satu seni lagu."
Demikian luah pendakwah selebriti Ustazah Asma' Harun menerusi hantaran di media sosial miliknya, dimana beliau tampil memberi teguran secara terbuka tentang penampilan dan gaya persembahan kumpulan Dolla seperti yang dipamerkan dalam muzik video (MV) lagu terbaharu mereka berjudul 'Question'.
Klik untuk gambar besar
Menerusi hantaran itu juga, Asma' turut meluahkan rasa terkil@n apabila sal@h seorang anggota kumpulan berkenaan merupakan wanita Islam, malah baginya juga, tidak wajar peminat memberikan sokongan terhadap satu yang mem@lukan.
"Paling menyedihkan, sal@h seorang anggotanya adalah wanita Islam, dan walau yang bukan Islam sekalipun, anda tetap bawa imej Negara Malaysia yang berpegang pada Rukun Negara ke-5.
"Seni apa yang dibina di atas aksi mem@lukan begini? Kemajuan apa yang dibina di atas d0sa? Kemodenan apa yang dibina di atas runtuhnya rasa m@lu?
"Bagi saya, videonya amat tidak bermoral, mem@lukan wanita Islam, mem@lukan negara yang namanya Malaysia, negara Islam. Lebih p£rit... ada orang yang mempertah@nkan dengan pujian dan rasa bangga," jelasnya.
Disamping itu, Asma' dalam masa sama juga mengingatkan masyarakat tentang bah@ya apabila kandungan tidak berm0ral mula diterima sebagai satu n0rma.
Menurutnya, perubahan persepsi masyarakat terhadap perkara yang dilar@ng boleh membawa kepada keruntuhan nilai.
"Inilah bah@ya apabila normalisasi maks1at mula dianggap tr£nd. Apa yang sal@h dianggap biasa. Apa yang har@m dianggap 'tak apa'. Apa yang menj0lok mata dianggap 'art1stic'," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!





No comments:
Post a Comment