14 November 2025

SHOWCASE BARBARIK - BEKAS ANGGOTA WINGS, EDDIE & BLACK BAKAL BUAT PENAMPILAN SEBAGAI PEMUZIK UNDANGAN?



Menerusi perkongsian di laman rasmi Barbarik, kumpulan itu telah memaklumkan, mereka akan menjayakan showcase Pentas Barbarik Live @Odeon KL anjuran Odeon KL & Rock Station dengan kerjasama @lashkar.entertainment.
Perkongsian itu pantas mendapat perhatian peminat, dimana ramai yang menanti persembahan terbaru mereka selepas kejayaan Konsert Barbarik- Pentas P£luru Coklat pada tahun lalu.

Pada masa sama, timbul sp£kulasi pembabitan dua bekas anggota kumpulan rock terkenal Wings, iaitu Eddie (pemain bass) dan Black (pemain drum) sebagai pemuzik undangan dalam persembahan ini.

Perkara itu bukan asing kerana semua sedia maklum, hubungan akrab mereka sudah lama terjalin sejak bersama Wings pada era 1990-an.

Muss menyertai Wings pada 1996 menggantikan Mel yang meninggalkan Wings pada 1995.

Sebelum itu, Awie meninggalkan Wings pada 1993, namun menyertai Wings semula pada 2000 hingga hari ini.

Selain Mr Barbarik, Muss merakamkan empat album bersama Wings iaitu 'Biru Mata Hitamku', 'Mencari Asal Usul', 'Double Trouble 2' (bersama Search) dan album raya, 'Puisi Aidilfitri'.

Sp£kulasi hangat ini turut diperkuatkan dengan peny£baran gambar-gambar Eddie dan Black bersama anggota Barbarik secara meluas di media sosial.

Sebelum ini, media cuba mendapatkan kenyataan rasmi dari JoBranko, namun dia tidak memberikan sebarang jawapan dan menyerahkan kepada penganjur untuk mengeluarkan kenyataan rasmi.

Begitu juga dengan Eddie dan Black yang kekal mengunci mulut daripada mengeluarkan sebarang kenyataan sejak mengumumkan meninggalkan Wings pada 8 Oktober lalu.

Walaupun tiada kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak, tiket untuk showcase ini 'laku k£ras' dibeli peminat memandangkan kapasiti tempat duduk Odeon KL yang terhad dan boleh memuatkan sekitar 2600 penonton sahaja.

Hanya tiket berdiri sahaja yang masih berbaki untuk dibeli peminat.

Lokasi ini dahulunya adalah panggung wayang popular sebelum era millenium yang menayangkan filem-filem tempatan dan antarabangsa.

Pentas Barbarik Live @Odeon KL akan berlangsung pada 12 Disember, jam 8:30 malam.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: