14 November 2025

SHARIFAH ROSE TAMPIL JELASKAN HUBUNGANNYA DENGAN EZZRIN LOY : "MUNGKIN SUDAH TIDAK SEHALUAN LAGI, KAMI SIBUK MAHU CAPAI IMPIAN KAMI"



"Sebelum ini kami (Sharifah Rose dan Ezzrin Loy) memang tidak mengumumkan apa-apa mengenai hubungan ini. Jadi, kami memang berkawan sahaja. Sekarang ini masing-masing sibuk dengan kerjaya, jadi memang tidak bercakap sangat dan tak serapat dahulu.
"Dia mahu fokus pada kejayaan, saya juga ada matlamat yang berbeza dengannya. Jadi, mungkin sudah tidak sehaluan lagi. Kami sibuk mahu capai impian kami."

Itulah kata Sharifah Rose, 27, dimana pelakon itu menjelaskan, dia dengan pelakon Ezzrin Loy tidak lagi sehaluan, sekaligus menjawab g0sip percintaan yang dikaitkan antara mereka kini menemui titik noktah.

Maklum Rose lagi, hubungannya dengan Ezzrin sebagai rakan juga tidak lagi serapat dulu kerana kesibukan kerja.

Dalam perkembangan lain, Rose bakal tampil dalam drama 'Doa Yang Terlindung' yang bakal bersiaran pada tahun depan.

Selain Rose, pelakon yang turut membintangi drama tersebut adalah Fasha Sandha, Firdaus Karim dan Nafiz Muaz.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: