22 November 2025

"KALAU DIBERI PELUANG UMUR PANJANG, SAYA JUGA MASIH BOLEH MENANG ANUGERAH DI USIA 55 TAHUN" - NADHIR NASAR NAFI MERAJUK DEK KERANA TAK PERNAH MENANG ANUGERAH



"Saya tidak merajuk dengan industri seni. Saya masih lagi berada di sini (industri), masih lagi bekerja dan berlakon. Tidak timbul isu merajuk kepada mana-mana pihak.

"Saya baru lima tahun berlakon. Nak kata bagus sangat pun tidak, banyak lagi saya kena belajar. Ramai mungkin cakap kenapa saya tak menang anugerah. Perkara pertama yang saya selalu pegang, kita bekerja bukan fasal anugerah pun."

Itulah ujar pelakon Nadhir Nasar, 29, ketika mengulas mengenai perkongsiannya di aplikasi X baru-baru ini yang menimbulkan pelbagai sp£kulasi, termasuk ada yang menganggapnya jauh hati dengan industri seni.

Sebelum ini, Nadhir atau nama penuhnya, Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, memuat naik ciapan di X, dimana dia meminta peminatnya tidak membuang masa dan wang untuk membuat undian bagi pihak dirinya.

Klik untuk gambar besar

Nadhir yang tidak memperincikan maksud luahannya itu, hanya berkata, tidak semua perjuangan memerlukan kemenangan sebagai bal@san.

Berhubung sp£kulasi netizen itu, Nadhir tampil menafikan dakwaan tersebut serta men£gaskan tidak wujud isu berk£cil hati atau membawa diri seperti yang disangka sesetengah pihak.

Katanya lagi, lima tahun dalam bidang lakonan masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan tentang pencapaiannya.

Dalam pada itu, Nadhir memberitahu, fokusnya kini adalah tentang pekerjaan yang dilakukannya dan bukan tentang kemenangan trofi kerana baginya, kejayaan tidak perlu dikejar dalam tempoh tertentu.
"Kita bekerja dengan ikhlas untuk menjayakan watak diberikan sebagai pelakon. Saya percaya rezeki yang Tuhan beri akan hadir tepat pada masanya.

"Tidak ada apa untuk dikejarkan, saya masih boleh memenangi anugerah bila berusia 42 tahun kalau diberi peluang umur yang panjang. Saya juga masih boleh menang anugerah di usia 55 tahun.

"Tak ada pun yang cakap saya perlu menang anugerah pada waktu kemuncak kerjaya saya sebagai pelakon sekarang ini. Saya bukan begitu. Saya akan tetap terus menjadi seorang pelakon yang relevan bila usia saya 55 tahun sekali pun.
"Insya-Allah," tuturnya yang turut mengulas mengenai sasaran anugerah yang ingin diraih, dimana akuinya, trofi Festival Filem Malaysia (FFM) tetap menjadi impian peribadi buatnya.

"Kalau boleh memang saya mensasarkan untuk memenangi anugerah di FFM. Semua anugerah sebenarnya adalah yang terbaik tetapi untuk menang itu adalah satu rezeki.

"Alhamdulillah kalau kita menang, ia satu perkara yang boleh dibanggakan kerana kita bekerja keras untuk setiap drama atau filem yang dilakonkan.

"Tiada istilah anugerah mana yang paling hebat atau tidak, semua anugerah adalah kemenangan dan ia diberikan kepada individu yang layak. Kalau tak menang, saya akan bekerja lebih keras untuk dapatkan apa yang saya mahu. Itu apa yang saya rasa," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: