19 November 2025

MASIH DITAH4N DI HOSPITAL - AMIRA OTHMAN TAK BOLEH 'TERBANG' LAGI BUAT MASA INI, PUJUK SUAMI PERGI KE KOREA TERLEBIH DAHULU



"Aloo omeii (comel) suami saya. Saya pujuk dia suruh fly (terbang) juga sebab kasihan kat team (pasukan) Rissa dah prepare (sediakan) A to Z.

"Allah sebaik-baik perancang kan. Terima kasih teman saya tidur hospital semalam. Be safe and have fun in Korea. Saya tak lepas lagi nak terbang.

"Tiga doktor pakar saya jumpa, semua cakap tak boleh fly lagi buat masa ini sebab cuaca sana sejuk kan. Tapi, Insya-Allah doakan saya selalu."

Klik untuk gambar besar

Demikian jelas pelakon dan penyanyi Amira Othman, yang memaklumkan, dia belum lagi dibenarkan untuk 'terbang' ke Korea selepas dimaklumkan oleh tiga doktor pakar.

Amira menerusi satu hantaran di media sosial telah berkongsikan gambar suaminya, dimana dia memujuk Fattah untuk terlebih dahulu 'terbang' ke Korea bersama pasukan.

Sementara itu, Fattah turut memuat naik semula hantaran isterinya itu serta berdoa semoga Allah melindungi isteri kesayangannya dan memberikan kesembuhan segera.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: