18 November 2025

WINGS DAH ADA PENGGANTI EDDIE, BLACK



Menjelang 'Konsert Wings 40 Tahun: 4 Dekad Terbang Tinggi', ramai yang tertanya-tanya siapa yang akan mengisi kekosongan posisi pemain bass dan dram Wings yang ditinggalkan Eddie dan Black.
Persoalan itu terjawab baru-baru ini menerusi hantaran video 'teaser' di Facebook Sayap-Sayap Wings, dimana ia memaparkan bayangan kedua-dua pemuzik terbabit.

Perkongsian ini mendapat reaksi segera peminat setia Wings apabila mereka meneka posisi dram bakal diisi Pae.

Keserasian Pae dan Datuk Awie selaku vokalis Wings itu bukan perkara baharu kerana dia sering mengiringi persembahan menerusi kumpulan Dragon Malaya.

Pae dikatakan menjadi pilihan Wings kerana mempunyai teknik pukulan yang padu, selain mempunyai berdisiplin tinggi.

Manakala posisi Eddie pula kini digantikan oleh Ilham Ishak, pemuzik yang sering bersama gitaris handalan, Muzza.

Pemilihan Ilham juga dianggap pilihan tepat kerana skil dan 'sound' bassnya juga mantap dan berat serta amat sesuai dengan genre muzik Wings.

Pengalaman beraksi di kelab banyak membantu skilnya sebagai pemain bass hebat dan difahamkan, Ilham juga mempunyai hubungan yang akrab dengan Sham, pemain gitar Wings, sekali gus membentuk keserasian antara mereka.

Sementara itu, hantaran video lain di Facebook Sayap-Sayap Wings, berterima kasih atas sokongan peminat setia mereka.

"Terima kasih atas komen-komen p0sitif & kata-kata semangat yang diberikan, teruskan menyokong Wings... LIFE BEGINS AT 40 YES 40TH ANNIVERSARY..," kata hantaran itu.

Terdahulu, peminat dik£jutkan dengan pengumuman Eddie dan Black pada 8 Oktober lalu mengenai pengunduran mereka daripada Wings, selain mereka turut memaklumkan, tidak akan terbabit dalam konsert Wings akan datang.

Untuk makluman, Wings akan mengadakan Konsert Wings 40 Tahun: 4 Dekad Terbang Tinggi di IDEA Live Arena, 3 Damansara pada 28 November ini, manakala di Singapura pada 24 Disember depan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: