18 November 2025

TAK MAHU TINGGAL ANAK-ANAK SEPENUHNYA DENGAN PEMBANTU - ZAHIRAH MACWILSON & SUAMI BERGILIR KELUAR BEKERJA : "SAYA TAK TERKIL4N TOLAK TAWARAN, ITU PENG0RBANAN SAYA SEBAGAI IBU"



"Setakat ini kami cuba untuk tidak tinggalkan anak-anak dengan pembantu. Kalau Aiman ada penggambaran, saya akan duduk di rumah jaga anak-anak. Kalau saya kerja, giliran Aiman pula.

"Saya tak terkil@n menolak tawaran. Itu peng0rbanan saya sebagai ibu. Kalau ada rezeki, Allah akan bagi. Anak-anak pun masih kecil."

Itulah kata pelakon Zahirah Macwilson, 30, dimana dia sanggup bergilir keluar bekerja dengan suaminya yang juga pelakon, Aiman Hakim Ridza, 36, kerana enggan meninggalkan dua cahaya mata mereka sepenuhnya di bawah penjagaan pembantu rumah.

Klik untuk gambar besar

Jelas Zahirah lagi, buat masa ini dia dan suaminya memilih untuk menyusun jadual kerja supaya sal@h seorang sentiasa berada di rumah.

Sementara itu, Zahirah turut mengulas mengenai kerjaya seninya dimana selepas bertahun-tahun membintangi drama cinta dan naskhah arus perdana, dia kini lebih berhati-hati memilih watak yang mampu mencab@r kemampuan lakonannya.
"Saya dah berlakon sejak umur 20 tahun. Banyak watak saya dah cuba. Tapi sampai masa saya mahu sesuatu yang lebih mencab@r dan beri imp@k. Belum ada pr0jek seterusnya, tapi ada beberapa tawaran sedang saya pertimbangkan," ujarnya.

Untuk makluman, Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Isaac Raees dan Inara Raisa.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: