"Dua hari lepas saya buat kerja rumah macam angkat barang terlupa yang saya masih s@kit, jadi sekarang ini s@kit semula. Mungkin k£san pada tulang atau pemb£dahan, wallahualam kena periksa balik.
"Tapi sebelum itu, selepas pemb£dahan memang tak ada lagi rasa s@kit tum0r yang berdenyut. Yang tinggal cuma sakit luka. Dua hari ini saya terpaksa makan ubat tah@n s@kit sebab terlebih buat kerja."
Demikian kata pelakon Shahronizam, 53, dimana dia memberitahu, pergerakan tangan kanannya masih terbat@s dalam melakukan rutin harian selepas menjalani pemb£dahan membuang tum0r pada bahu kanan Oktober lalu.
Sharonizam ketika ditemui dalam pr0gram Ziarah Prihatin Seniman 2025 di kediamannya pada petang Selasa, berkata, pemb£dahan itu membabitkan pem0tongan sebahagian tulang skapula selepas doktor mendapati tum0r ini sudah menembusi dan sebati dengan tulang.
"Doktor beritahu pergerakan tangan kanan terhad, sekitar 40 peratus sahaja. Tangan saya tak boleh angkat tinggi atau ke belakang seperti biasa selepas pemb£dahan," maklumnya.
Jelas Shahronizam, penggunaan tangan kanan dalam tempoh yang lama menyebabkan bahagian tersebut kembali s@kit, selain tidak digalakkan melakukan kerja berat.
Tuturnya lagi, bagi mengelakkan rasa s@kit pada bahagian tersebut, dia kini hanya boleh tidur dalam keadaan mengiring selain memandu menggunakan sebelah tangan.
"Saya hanya boleh tidur dalam posisi mengiring. Tak boleh las@k. Sekarang saya masih boleh pandu kereta tapi sebelah tangan. Tangan kanan tak kuat sangat sebab kawasan pemb£dahan agak besar daripada bahu sampai tulang selangka, bahagian itu dip0tong," katanya lagi.
Klik untuk gambar besar
"Kalau keputusan tak cantik, mungkin saya perlu buat rawatan radi0terapi pada akhir November atau awal Disember. Walaupun tum0r sudah dibuang, akarnya masih ada dan ikut jenis tum0r.
"Doktor tak berani buat keputusan sehingga laporan penuh daripada unit onk0logi. Radi0terapi hanya boleh dibuat selepas luk@ pemb£dahan pulih sepenuhnya. Radi0terapi bergantung pada keputusan onk0logi nanti.
"Doktor ort0pedik kata kem0terapi tidak termasuk dalam perancangan buat masa ini harap-harap begitulah, Insya-Allah. Tapi apapun keputusannya saya reda sahaja. Apa yang datang, kita hadap. Hidup dan m@ti semua di tangan Allah.
"Saya bersyukur kerana dikunjungi oleh SENIMAN hari ini. Alhamdulillah, saya terima apa sahaja rezeki yang datang. Sumbangan hari ini sangat membantu meringankan b£ban kos rawatan dan keperluan harian, selain beri kekuatan m0ral untuk terus berjuang," luahnya.
Disamping itu, ketika pr0ses meng£san dan analisis doktor berkenaan peny@kitnya dibuat September lalu, Shahronizam sedang terbabit dengan sh00ting drama di Pekan, Pahang untuk RTM.
"Saya juga sempat menyiapkan satu episod drama sebelum pemb£dahan dan dijangka kembali ke set penggambaran terbabit pada Disember, bergantung kepada keadaan fizikalnya.
"Insya Allah kerja masih berjalan. Cuma babak las@k saya kena kurangkan kerana doktor pun beritahu mereka akan pantau keadaan saya dalam tempoh lima tahun.
"Mungkin setahun dua kali atau tiga kali saya perlu jumpa pakar," katanya yang juga suami kepada penyanyi dan pelakon Safura Ya'cob.
Sementara itu, Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) terus prihatin dengan nasib anak seni yang memerlukan bantuan.
Menurut Presidennya, Zed Zaidi, bantuan yang dihulur hari ini bukan hanya daripada pihak Seniman tetapi ihsan daripada penerbit D'Ayu Pictures Sdn. Bhd. iaitu Datuk Rosmarayu Mokhtar.
Turut memberi sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Al-Hadad atau lebih dikenali sebagai Altimet.
"Alhamdulillah syukur hari ini Seniman, D' Ayu Pictures dan wakil ADUN Lembah Jaya iaitu Altimet hadir menghulurkan sedikit sumbangan ikhlas untuk Shahronizam yang kita semua tahu ketika ini mempunyai mas@lah kesihatan.
"Mungkin bukan sumbangan besar tetapi sekurang-kurangnya dapat kurangkan sedikit beban dia untuk membeli ubat-ubatan dan sebagainya," kongsinya.
Sebelum ini, Shahronizam terpaksa menjalani pemb£dahan selepas mengalami ketumbuhan pada tulang belikat atau ligmen skapula.
Pros£dur itu terpaksa dilakukan selepas mendapat nasihat doktor disebabkan tum0r yang semakin membesar.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment