"Baru seminggu masuk Islam dan nampaknya orang dah mengharapkan saya jadi versi lengkap, naik taraf penuh, macam dah 100% siap."
Itulah tulis kekasih kepada pelakon Ben Amir iaitu Maiya apabila dia 'dis£rang' netizen gara-gara penampilannya yang tidak menutup aurat selepas baru seminggu memeluk Islam.
Kata Maiya atau nama Islamnya, Liana Alana, netizen mula mengharapkan dia menjadi muslimah sejati walaupun baru bergelar mualaf.
Maiya yang berkongsi perkara itu menerusi hantaran di media sosial itu turut menyertakan tangkap layar hantaran mesej.
Luahan itu dipercayai dibuat selepas menerima mesej daripada netizen yang menegurnya tentang aurat selepas bergelar Islam.
Klik untuk gambar besar
"Liana, rambut itu aurat. Awak tak boleh dedah aurat kalau dah peluk Islam," ujar individu tersebut.
Hantaran tersebut meraih perhatian ramai yang rata-rata meminta Maiya agar tidak melayan mesej yang berbentuk neg@tif.
Dalam pada itu, netizen juga berharap Maiya dapat melakukan perubahan secara perlahan dan tidak terburu-buru.
Pada 10 November lalu, Liana ditemani Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Sabaruddin, 35, hadir ke pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kuala Lumpur untuk lafaz dua kalimah syahadah.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment