18 November 2025

"PUAS & PENAT JUGA ABANG LONG UNTUK MEMUJUK SAYA" - LINDA RAFAR BERJAYA DIPUJUK NORMAN KRU UNTUK KEKAL BERSAMA ELITE



"Terima kasih Allah SWT dan semua yang mendoakan Linda terus kekal bersama kumpulan Elite," itulah kata penyanyi dan pelakon, Linda Rafar, 47, menerusi hantarannya di media sosial, dimana dia berjaya dipujuk oleh Norman Abdul Halim dari KRU untuk terus kekal bersama kumpulan Elite.

Dalam perkongsian itu, Linda atau nama sebenarnya, Azlinda Abdul Rafar, menyatakan rasa syukur atas keputusan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan agar dia terus bersama kumpulan itu.

Norman yang juga penerbit, disebut sebagai individu utama yang berjaya memujuk Linda agar tidak meninggalkan Elite.

"Pada mereka yang belum tahu, perkenalan Linda dengan abang Norman sejak tahun 1995 hampir 30 tahun dan ini bukan sesuatu yang mudah bagi saya untuk membuat keputusan terburu-buru.

"Puas dan penat juga Abang Long untuk memujuk saya," tulisnya yang turut memberitahu, hubungan dia dengan Norman sudah terjalin sejak 1995, malah Norman sering menjadi penenang ketika dia menghadapi mas@lah dalam kerjaya.

Klik untuk gambar besar

"Ya, memang betul sejak saya berumur 16 atau 17 tahun lagi jika saya ada mas@lah, yang berjaya pujuk saya adalah Abang Long. Maklumlah dalam kumpulan Elite saya yang paling muda dan paling manja betul tak?" tuturnya.

Kongsi Linda lagi, sehingga kini dia adalah seorang yang sens1tif dan cepat terasa tetapi mudah memaafkan orang.

"Sebab itu, sehingga kini masih tidak hilang naluri seorang yang sangat sens1tif dan cepat terasa tetapi sangat mudah untuk memaafkan sesiapa sahaja," ujarnya.

Linda dalam masa sama turut meluahkan penghargaan kepada rakan-rakan dalam kumpulan Elite iaitu Watie, Sasha dan Azza yang menemani sesi perbincangan dan pemujukan kelmarin.

Disamping itu, Linda turut meminta orang ramai agar mendoakan yang baik-baik sahaja supaya konsert GenKRU nanti dapat dijayakan dengan baik.
"Tolong doakan yang baik-baik untuk semua yang akan menjayakan konsert GenKRU," katanya.

Meninjau ke dalam ruangan komen, netizen turut gembira dengan perkhabaran itu.

"Kak Linda jangan keluar Elite lagi tau. Kami nak Elite buat konsert lagi."

"Yeay, Elite Forever! Akak suka line up yang asal," anatar komen-komen netizen.

Terdahulu, Linda meng£jutkan peminat apabila memberi gambaran mahu menarik diri dari Elite selepas berdepan ujian yang dikaitkan dengan kesihatan ment@l.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: