19 November 2025

MENANGIS MENGENANG KISAH DUK4, GEMBIRA - SAFURA YAACOB LUAH RASA SYUKUR PERKAHWINAN 20 TAHUN MASIH UTUH, MESKIPUN PERNAH HAMPIR 'TERSADUNG'



"Dalam lagu itu ada lirik 'dengan langkahku yang sering tersadung waktu'. Memang sepanjang berkahwin, dia pernah beberapa kali 'tersadung'. Tetapi saya tetap memilih untuk memaafkan.

"Dia hantar lagu itu sewaktu di hospital dan saya pula ada kerja di Ipoh, Perak. Jadi ketika dia hantar lagu itu memang bersungguh-sungguh saya menangis, hampir tiga jam juga saya menangis mengenang sedih duk@ gembira sepanjang kami bersama."

Demikian kata penyanyi dan pelakon Safura Yaacob, 53, dimana dia meluahkan rasa syukur apabila rumah tangganya bersama pelakon Shahronizam Noor kekal utuh selama 20 tahun, meskipun berdepan pelbagai dug@an.

Akui Safura, kekuatan hubungan mereka banyak terbina hasil doa arwah ibunya dan ibu mentua, malah dia tidak menafikan perkahwinannya bersama Shahronizam pernah melalui fasa suk@r dan hampir runtuh.

Kata ibu kepada enam anak ini lagi, kisah itu kembali segar dalam ingatannya selepas menerima kiriman lagu 'Seadanya Aku' nyanyian KomTua daripada suaminya baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar

Menurutnya lagi, lirik lagu dari Indonesia tersebut sangat dekat dengan perjalanan hidupnya sebagai isteri selama dua dekad, selain turut memberitahu, dia dan suami sememangnya jarang berkongsi luahan hati, namun saling bertukar lagu antara cara mereka meluahkan rasa.

"Nak mendapatkan bahagia itu mahal, macam-macam pr0ses yang kami lalui untuk capai 20 tahun itu. Dalam tempoh itu, kami jarang bercakap soal hati, kalau saya terluk@ atau dia terluk@ dengan saya, memang kami pilih meluahkan perasaan itu melalui lagu," tuturnya lagi.

Dalam pada itu, Safura berkata, dia bagaimanapun sudah reda dengan dug@an yang dilalui pada awal perkahwinan sehingga wujudnya kebahagiaan yang diperolehi hari ini.

Justeru itu, dia tidak lagi menyal@hkan suami sepenuhnya dengan apa yang berlaku, sebaliknya meletakkan juga kesal@han kepada diri sendiri yang mungkin tidak menjadi isteri yang sempurna.
Kongsi Safura lagi, ketika itu, dia pernah meninggalkan suami selama dua bulan, selain menuduh Shahronizam menjadi punca anak mereka, Allahyarham Nur Aisyah Maryam meninggal dunia kerana bal@san Allah di atas kekhil@fannya.

Namun ketika bahagia mula dirasai, Safura berkata, dia tidak sangka mereka didug@ pula dengan kes@kitan suaminya yang mengalami tum0r di belakang badan.

"Saya reda dengan apa yang berlaku pada suami. Dia pun bukannya manusia yang sempurna. Mungkin dia buat perkara di luar jangkaan, mengkhi@nati rumah tangga kami pun sebab saya juga.

"Mungkin saya sil@p sebagai isteri, kita pun tak boleh sal@hkan suami kenapa dia beralih kepada orang lain, saya pun kena akur waktu itu kami muda, dia pun artis dan ada peminat.
"Mungkin adalah juga sil@p saya. Arwah mak pernah cakap, sampai bila saya nak lari daripada mas@lah? Takkan kali ini pun nak bercerai juga, nanti orang akan pandang saya macam mana? Di mana maruah saya sebagai seorang perempuan.

"Bila mak dah tak ada dan saya fikir-fikir semula apa yang mak kata, memang betul pun. Tak semua lelaki sempurna. Lagipun saya dah melalui dua kegag@lan dalam perkahwinan.

"Saya sedih dua anak sebelum ini tak cukup kasih sayang bapa, jadi saya tak mahu anak bersama dia juga lalui benda sama. Tapi Alhamdulillah berkat nasihat dan doa mak dan ibu mertua saya reda. Rumah tangga itu menjadi lebih barakah," ujarnya.

Untuk makluman, Sahronizam dan Safura mendirikan rumah tangga pada 2005 dan dikurniakan empat anak iaitu Yusoff Firdaus, Zara Nur Aisyah, Ariana Sofia dan Allahyarham Nur Aisyah Mariam.

Sebelum itu, Safura pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali dan mempunyai dua cahaya mata lain iaitu Nurul Natasha Abdul Rani dan Muhammad Daniel Khaqim Mohd Khairi

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: