19 November 2025

TR4UMA NAK KONGSI BERITA HAMIL - ISTERI SHUIB, WATIE RAHSIAKAN SELAMA 4 BULAN, T4KUT ANAK-ANAK SEDIH JIKA SEKALI LAGI KEGUGURAN



"Drama Pendek Yang Menjadi Kenangan Terindah 🤍. Simpan sini buat kenangan kerana tiada lagi rahsia... Sebab Daddy awal-awal dah bocorkan 🤣.

"Syukur Alhamdulillah di atas sekali lagi rezeki yang Allah tiupkan buat Mummy, Daddy & Anak-anak... Hampir 4 bulan Mummy rahsiakan dari anak-anak & family... Sebab Mummy masih tr@uma dengan peristiwa yang lepas...

"Kenapa Mummy rahsiakan? Sebab kegembiraan anak-anak bila dapat tahu Mummy pregnant adalah moment paling bahagia dalam hidup Mummy...

"Dan mummy t@kut bila ianya terjadi lagi, ianya akan buat Mummy bertambah sedih bila tengok anak-anak ikut sekali sedih bersama Mummy...

"Terima kasih terutama pada Daddy & anak-anak yang terlalu banyak memahami hormone Mummy ketika ini...

Klik untuk gambar besar

"Terima kasih atas layanan baik & tolong buatkan semua untuk Mummy di saat Mummy bermalas-alasan, di saat Mummy jadi kebudak-budakkan dan di saat Mummy jadi singa jadian 🤣.

"Doakan semoga kasih sayang ini tidak akan pernah berubah, doakan semoga Mummy tetap jadi ibu yang adil, yang kasihnya tidak pernah berbelah bagi pada semua anak-anak mummy...

"Semoga kita bersama selamanya 🤍. Kamu semua Anugerah Terindah dalam hidup Mummy 😘," itulah tulis isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah.

Perkara itu dikongsikan Watie menerusi hantaran yang dimuat naik di media sosial miliknya selepas suaminya mengesahkan mereka bakal menimang cahaya mata.
Melihat pada perkongsian tersebut, Watie memberitahu, dia bukan hanya merahsiakan kehamilannya itu daripada pengetahuan umum, malah turut tidak memaklumkan kepada anak-anak tiri tentang dirinya yang berbadan dua.

Dalam pada itu, Watie atau nama sebenarnya, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, berkata, pengalaman melalui keguguran sebelum ini membuatkan dia t@kut berkongsi berita gembira itu.

Ini kerana kongsi Watie, dia tidak mahu anak-anak Shuib berasa sedih jika kejadian sama berulang untuk kandungan kali ini.

Menerusi video berkenaan, Shuib membuat k£jutan kepada tiga anaknya dengan menunjukkan gambar imbasan kehamilan.
Detik indah tersebut dirakamkan ketika anak kedua Shuib iaitu Thalita sedang mengikuti pr0gram Talk To My Manager sebelum ini.

Anak-anak Shuib yang menyambut berita tersebut dengan penuh teruja itu juga memeluk erat Watie selepas dimaklumkan mereka bakal mendapat adik.

Menurut Watie yang mendirikan rumah tangga bersama Shuib pada 23 Jun 2023, Thalita juga antara orang yang sering bertanya tentang keadaan dirinya agar segera hamil.

"Inilah orang yang selalu bertanya. Dia cakap mimpi mummy bersalin dapat baby," ujarnya sambil memeluk Thalita dalam video tersebut.

Untuk makluman, Shuib mempunyai empat anak hasil perkahwinan dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akib@t jangk1tan C0V1D.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: