"Saya berjuang untuk jumpa anak. Harap isteri dapat mudahkan urusan untuk jumpa anak. Saya datang ke mahkamah hari ini sebab anak. Dia perlukan ibu bapanya. Itu yang paling penting. Saya tak fikir fasal diri sendiri, fikir fasal anak sahaja.
"Saya harap selepas ini, proses untuk berjumpa Hawra dipermudahkan. Sebab sebelum ini agak suk@r, perlu melalui surat. Kalau isteri tak mahu berjumpa saya tak apa, tapi anak saya mahu sangat berjumpa."
Demikian kata pelakon Kamal Adli, 39, dimana dia meminta isterinya yang juga pelakon, Uqasha Senrose untuk memudahkan urusan dia berjumpa anak, Hawra Uqaira ketika berdepan k£s cerai.
Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, meluahkan rasa sedih dan kec£wa apabila berdepan kesuk@ran untuk meluangkan masa bersama anak perempuannya itu akib@t perlu melalui beberapa pr0ses formal melalui peguam isterinya.
Dalam pada itu, Kamal yang ditemui selepas pr0siding tuntutan cerai yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu, mendakwa dia sudah lama tidak bertemu dengan anak perempuannya itu.
Dakwa pelakon itu lagi, kali terakhir dia berjumpa anaknya yang kini berusia 19 bulan itu pada 10 November lalu secara tidak sengaja iaitu secara kebetulan tanpa perancangan.
Berhubung itu, Kamal berharap agar Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, dapat memberi kelonggaran supaya dia dapat bertemu anak tunggal mereka dengan lebih mudah.
Kamal bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkaitan dakwaan Uqasha diab@ikan ketika tempoh hamil sebelum ini, kerana baginya apa yang dilalui dalam perkahwian adalah urusan peribadi dan hanya mereka berdua sahaja yang tahu.
"Kenyataan diab@ikan itu hanya kami berdua sahaja tahu. Bukan untuk dikongsi kepada orang ramai. Ini hal keluarga. Kami telah melalui bersama segalanya.
Klik untuk gambar besar
"Sekarang ini kita ikut sahaja pros£dur undang-undang. Saya akan cakap semuanya dalam perbincangan JKP. Tak perlu ada orang ketiga. Malaysia sudah ada undang-undang," jelasnya.
Dalam pr0siding yang berlangsung, Hakim Syarie, Siti Noraini Mohd Ali mengarahkan kedua-duanya untuk melantik Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan menetapkan tarikh 18 Disember depan sebagai tarikh pembentangan laporan bagi kedua-dua pihak.
Menurut Kamal, isu rumah tangga sepatutnya diselesaikan antara mereka berdua sahaja, tanpa perlu dijadikan tontonan umum atau bahan untuk dinilai orang luar.
Ulasnya lagi, dia tidak mahu menggunakan simpati peminat atau perlu menggunakan khidmat orang tengah untuk memujuk isterinya.
"Kita guna pros£dur betul. Kita Malaysia ini ada undang-undang, jadi semua kita guna yang saluran betul saja. Tak payah minta pendapat orang ketiga.
"Orang yang kita baru kenal, tak tahu pun siapa dia. Tiba-tiba boleh nak tahu semua. Ini hal rumah tangga saja. Biar saya dengan dia (Uqasha) yang selesaikan sebenarnya.
"Tak patut pun untuk di'share'kan dengan orang, untuk jadi orang punya bahan nak 'judg£' (menghakimi) kita macam mana. Itu tak bagus. Paling penting tak 'best' untuk anak saya, Hawra.
"Jadi sekarang ini, saya hanya nak 'f1ght' untuk nak dapat jumpa Hawra sebab macam sangat lama juga tak dapat 'spend time' dengan dia. Saya doakan rumah tangga saya kekal sampai jannah. Sampai bila-bila Insya-Allah.
"Sebab ini pun baru sangat jadi. Ramai orang lagi 'struggl£' macam-macam dan untuk saya nak 'share' betapa p£ritnya benda ini, rasanya tak adil untuk orang-orang yang lain yang dah berjuang banyak lagi dalam perkahwinan," katanya.
Disamping itu, Kamal men£gaskan fokusnya kini hanyalah untuk memastikan Hawra mendapat kasih sayang lengkap daripada kedua ibu bapanya.
Ujar Kamal lagi, tujuan kehadirannya ke mahkamah kerana mengikut pros£dur ditetapkan dan bukan untuk bercerai.
"Itu bukan target saya untuk datang sini (mahkamah). Saya hanya nak cakap, saya datang sini, saya ada anak lagi, ada Hawra yang perlukan mak dengan ayah dia. Itu yang paling penting.
"Itu yang semua orang kena faham kenapa saya dekat sini Saya tak fikir pasal sayalah. Ini adalah untuk Hawra. Apa pun pendapat isteri saya, saya fikir saya tak nak anak saya tak dapat kasih sayang yang cukup.
"Jadi saya nak bertah@n (perkahwinan ini) untuk Hawra. Takkan saya tak sayang isteri sayakan? Kalau tak sayang, saya keluar sini melompat," ulasnya.
Dalam pros£dur hari ini, buat pertama kalinya Kamal bertemu dengan isterinya selepas dua bulan tidak berjumpa, bagaimanapun kata pelakon itu, mereka tidak berkomunikasi dan hanya berpandangan sesama sendiri.
"Tak apa, it's okay. Kita pun lepas ini ada pros£dur lain, kita akan ke Jawatankuasa Pendamai (JKP). Memang nak tak nak, kena bercakap jugalah.
"Saya tak ada mas@lah langsung dengan keluarganya atau sesiapa sebenarnya. Saya okay, saya happy, saya memang sayang keluarga dia macam keluarga saya.
"Jadi saya tak ada apa-apa isu pun. Hubungan keluarga kedua-dua belah pihak tak ada isu pun. Ini urusan kami sebenarnya. Mak ayah saya pun cakap, jangan buka a1b isteri dan simpan baik-baik," jelasnya.
Selain itu, Kamal juga sempat menitipkan pesanan kepada pihak yang sedang mencuba untuk rapat dengan isterinya kerana status dia dan Uqasha masih suami isteri yang sah mengikut hukvm Islam.
"Saya sebagai suami, saya hanya nak pesan bukan orang luar la, bukan keluarga dia, tapi untuk orang yang cuba rapat dengan isteri saya ke... just ingat ya, Uqasha itu masih lagi isteri orang yang sah ya, saya pula masih suami yang sah, wujud lagi ini.
"Jadi faham ya, dari segi hukvm apa semua. Tak kisah siapa pun. Saya bukan cakap fasal keluarga dia," katanya yang dalam masa sama turut menafikan terdapat g@ngguan daripada pihak ketiga.
"Eh tak, bukan (orang ketiga). Tak ada. Saya tak cakap macam tu. Saya hanya nak pesan, beritahu benda ni pentinglah dari segi hukvm. Dan masih lagi suami dan isteri yang sah. Itu saja, tak cakap apa pun," ujarnya.
Sementara itu, Peguam Syarie, Abdul Hadi Mohammad Salleh yang mewakili Kamal berkata, anak guamnya sedang berusaha sehabis baik untuk menyelamatkan rumah tangganya.
"Dia tengah memanfaatkan peluang dan ruang yang ada. Tidak semestinya ia akan berakhir dengan penceraian. Ada lagi ruang untuk berusaha. Dia belum mengal@h lagi," maklumnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment