"Saya sudah bekerja sebagai pengurusnya selama 11 tahun dan pernah tak dibayar gaji selama setahun setengah. Alasannya nak beli rumah untuk mak. Saya anggap mak ayah dia seperti keluarga sendiri.
"Tapi pada akhirnya saya tiada tempat di rumah itu. Saya tidak dibenarkan datang selalu ke rumah itu dengan alasan dia sudah berkahwin. Tak manis ada isterinya. Saya faham saja, tetapi saya masih menguruskan segala aktviti seninya."
Itulah tutur bekas pengurus kepada pelakon lelaki popular, dimana dakwanya, dia bukan hanya dituduh cuba melarikan wang, malah turut diberhentikan kerja tanpa alasan munasabah, selain pernah tidak dibayar gaji selama setahun setengah.
Menurut individu yang dikenali sebagai Sapawi Johnson, dia diberhentikan kerja secara tiba-tiba pada Oktober tahun lalu selepas berkhidmat selama hampir 11 tahun.
Dakwa Sapawi lagi, gaji terakhir yang diterima daripada pelakon berkenaan hanya dibuat pada September tahun lalu, malah ketika pelakon itu memulakan penggambaran filem baharu pada Oktober tahun lalu, dia diberitahu khidmatnya tidak lagi diperlukan.
"Sebenarnya saya diberhentikan kerja pada Oktober tahun lalu dan bayaran gaji yang saya terima hanya untuk bulan September. Oktober dia sudah mula penggambaran filem, empat hari saja saya bekerja di set filem ini tiba-tiba dia cakap esok tak perlu datang kerja dah.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Sapawi bagaimanapun mendedahkan bahawa pelakon berkenaan ada menghubunginya pada Disember tahun lalu melalui mesej peribadi (DM) di media sosial untuk memaklumkan hasrat membayar gaji tertunggak secara ansuran.
"Selepas saya dibuang kerja, memang saya tak cari dia langsung. Tapi kali terakhir dia cari saya Disember tahun lalu, dia DM saya di media sosial, itu pun selepas dia unbl0ck saya.
"Dia cakap walaupun apa terjadi saya tetap adik dia dunia akhirat. Dia cakap akan bayar duit saya sikit-sikit, maksudnya gaji saya yang dia tak bayar tu.
"Kalau boleh saya tak mahu h£bohkan tentang isu ini tapi dia buat cerita cakap pr0duksi cari saya sebab saya bawa lari duit. Sedangkan kalau ikut undang-undang duit berlakon bukan dapat dekat pengurus sebab yang berlakon itu adalah dia.
"Dia cakap saya t1pu pr0duksi kononnya 'deal' harga lain tetapi sampai dekat dia jumlah yang lain," ujar Sapawi yang turut men£gaskan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang berhubung isu tersebut.
"Saya akan tuntut dan akan bawa perkara ini ke mahkamah. Kalau nak dikirakan jumlah bayaran gaji setahun setengah yang dia tak bayar tu memang banyak.
"Saya tak berani nak cakap sebab kena buat pengiraan terlebih dahulu dengan pihak bank dan baru boleh teruskan sam@n. Tapi kalau selepas saya diberhentikan tanpa sebab tahun lalu, jumlah gaji saya yang tidak dibayar sebanyak RM15,000," jelasnya.
Sebelum ini, Sapawi tampil mempertah@nkan diri dan menafikan tuduhan seorang pelakon itu yang membuat laporan polis terhadapnya selepas mendakwa dia cuba melarikan duit hasil jualan sebuah kereta milik pelakon terbabit.
Kata Sapawi lagi, isu kereta jenis Toyota Vellfire yang dibeli pelakon itu sudah berlarutan sejak tahun 2023 dan dia tidak memahami mengapa perkara tersebut dibangkitkan semula.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment