"Sebenarnya kami sudah lama cuba mendapatkan dia (Juliana Banos) untuk konsert di Singapura, tetapi ada beberapa perkara yang tidak sempat diselesaikan. Bila kami umumkan The Finale, kami cuba pujuk sekali lagi dan Alhamdulillah Juliana bersetuju untuk kembali membuat persembahan bersama kami."
Demikian jelas anggota kumpulan KRU, Datuk Norman Abdul Halim, dimana kongsinya, kemunculan Datin Juliana Banos menjadi detik istimewa kerana ia adalah kerjasama pertama mereka selepas lebih 20 tahun penyanyi itu memilih untuk menumpukan perhatian pada keluarga.
Penyanyi lagu 'Cinta Gila' itu disahkan sebagai sal@h seorang artis undangan di Konsert GenKRU The Finale: One More Time di Stadium Hoki Bukit Jalil, di sini, Sabtu ini.
Kata Norman lagi, walaupun sudah lama tidak berhubung dengan Juliana, pr0ses mendapatkan persetujuan tidak suk@r, namun mereka menghormati keutamaan penyanyi itu yang kini lebih selesa memberi fokus pada keluarga.
"Dia kini mempunyai tiga anak dan persembahan ini lebih kepada ingin menjadi kenangan untuk anak-anaknya. Namun, lagu yang akan dibawakan nanti... biarlah kekal sebagai k£jutan. Kalau cerita sekarang, hilanglah 'moment' konsert," ujarnya.
Menghangatkan lagi konsert kemuncak itu, Norman turut berkongsi bahawa tiga lagi artis undangan belum diumumkan dan hanya akan didedahkan pada hari persembahan.
"Setakat ini, kami umumkan tiga saja. Ada lagi tiga artis rahsia. Untuk senarai lagu pula, kami ubah 16 lagu berbeza daripada konsert di Axiata Arena," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment