"Tiada istilah 'terjumpa'. Macam mana boleh 'terjumpa' sedangkan memang abang dah plan dengan Dida (panggilan Farza)."
Itulah tulis adik kepada pelakon Uqasha Senrose iaitu Farza Dida, dimana dia tampil memberi respons terhadap kenyataan abang iparnya iaitu pelakon Kamal Adli, 39, berhubung isu kebenaran berjumpa anak perempuannya, Hawra Uqaira.
Farza yang memb1das kenyataan dibuat Kamal atau nama penuhnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, menerusi media sosial itu menjelaskan, tidak wujud istilah 'terjumpa' seperti yang didakwa pelakon itu sebelum ini.
Perkongsian yang dibuat Farza itu turut mendapat perhatian daripada kakaknya yang juga pelakon Nelydia Senrose apabila berkongsi semula hantaran Farza di media sosial miliknya.
Klik untuk gambar besar
"Kalau ikutkan tak nak bagi apa-apa komen, tapi nak betulkan saja fakta ni," ujarnya dalam hantaran yang sama.
Sebelum ini, Kamal meminta isterinya untuk memudahkan urusan dia berjumpa dengan anak perempuan mereka ketika berdepan k£s cerai, selain turut mendakwa dia sudah lama tidak bertemu dengan Hawra.
Pun begitu, Uqasha menerusi peguamnya, Muhammad Syazmee Sapian menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu anak guamnya itu tidak pernah menghalang pertemuan Kamal dan anak mereka.
Tambahnya lagi, Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, juga sangat memahami tanggungjawab Kamal sebagai seorang bapa terhadap Hawra.
Pada pagi Rabu, Hakim Syarie, Siti Noraini Mohd Ali mengarahkan Uqasha dan Kamal melantik Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan menetapkan tarikh 18 Disember depan sebagai tarikh pembentangan laporan bagi kedua-dua pihak.
Sebelum ini, Uqasha yang mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya itu pada 1 Oktober lalu.
Untuk makluman, hasil perkahwinan selama 4 tahun, Kamal dan Uqasha dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment