"Memang ada beberapa orang sudah mula bertanya tantang konsert Dolla sebab isu yang sedang tular sekarang. Tapi apa saya boleh kata sekarang, kami hanya menjalankan tugas sebagai penganjur.
"Tidak sangka isu muzik video tersebut menjadi perhatian sehingga menimbulkan pelbagai sp£kulasi mengenai konsert," ujar penganjur yang juga penyanyi, Sufi Rashid.
Susulan video muzik (MV) terbaharu Dolla berjudul 'Question' yang menc£tuskan perd£batan kerana disifatkan terlalu menc0lok mata hingga diturunkan dari YouTube, timbul pula kebimbangan mengenai nasib konsert kumpulan itu yang dijadualkan berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya pada 6 Disember ini.
Menurut Sufi, 34, konsert Dolla: Good Girls Gone Bad tetap diteruskan seperti dirancang dan pihaknya akan memastikan segala persiapan dibuat mengikut prosedur sewajarnya.
Klik untuk gambar besar
Ulasnya lagi, pihaknya menyerahkan segala keputusan berkaitan perkara itu kepada pengurusan Universal Music Malaysia (UMM).
"Buat masa ini, kami serahkan segala keputusan kepada pihak pengurusan Universal Music. Kami akan ikut sahaja pros£dur yang dikehendaki demi kebaikan semua pihak," katanya.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dilaporkan sedang meneliti kemungkinan mengenakan tindakan jen@yah syariah terhadap selebriti beragama Islam yang berpakaian menc0lok mata.
Mohd Na'im juga mengarahkan semakan semula terhadap garis panduan pemakaian selebriti beragama Islam.
Baru-baru ini, penampilan kumpulan Dolla dalam MV 'Question' menarik perhatian ramai, dengan sebahagian masyarakat menyifatkan gaya fesyen yang dipaparkan terlalu s£ksi dan menc0lok mata.
Berhubung itu, pendakwah selebriti, Ustazah Asma' Harun, memberikan teguran terbuka dan berpandangan penampilan Dolla dalam MV terbabit tidak berm0ral serta mem@lukan wanita beragama Islam.
Berikutan kontr0versi yang timbul, pihak pengurusan Universal Music Malaysia mengambil keputusan menurunkan MV 'Question' di semua platf0rm digital mulai Sabtu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment