"Sebenarnya, ia situasi yang sangat suk@r bagi saya sepanjang tahun lalu. Tapi Tuhan beri ujian dan pada masa sama tunjuk jalan keluar. Bila kita kerja, kita boleh 'distr@ct' diri daripada perkara itu, dan secara automatik, kita jadi kuat.
"Secara jujurnya, dua talak itu sudah lama berlaku. Yang pertama pada Januari dan talak kedua dua bulan selepas itu."
Itulah jelas penyanyi Amylea Azizan, 39, dimana dia mendedahkan rumah tangganya bersama bekas suami, Mohammad Aqbar Mohamad, menghadapi mas@lah sejak lima bulan pertama perkahwinan mereka.
Kata Amylea atau nama sebenarnya, Nur Sharifah Amirah Amylea Azizan Nordin, dia pernah melalui dua kali lafaz talak, namun memilih untuk tidak berkongsi secara terbuka demi menghormati pihak-pihak tertentu.
Enggan mendedahkan bila kedua-dua perceraian tersebut berlaku, bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-3 (AF3) itu memberitahu, dia sudah berusaha menyelamatkan rumah tangganya, tetapi keadaan sudah tidak berkemampuan diperbaiki.
Klik untuk gambar besar
"Perkahwinan kami dah tak berapa okay sejak bulan kelima tahun lalu. Saya lalui fasa demi fasa untuk selamatkan keadaan, tapi tak berjaya," tuturnya.
Dalam pada itu, Amylea meluahkan rasa syukur kerana Allah SWT memberinya kekuatan dan membuka banyak rezeki dalam kerjaya seni, meskipun melalui ujian g£tir.
"Semakin besar cab@ran yang saya lalui, semakin banyak Allah berikan rezeki. Rasa nak meng£luh pun tak boleh, tapi saya sebenarnya sangat tert£kan. Ia memang mem£ritkan.
"Bila pergi sh00ting, saya kena jadualkan waktu menangis supaya orang tak nampak mata saya b£ngkak di kamera. Bila orang tanya, apa khabar, saya jawab okay. Padahal sebenarnya saya tak okay.
"Saya lalui d£rita sendiri," ujarnya yang turut berkata, selepas benar-benar 'move on', dia memilih untuk mengumumkan perceraian sambil menjelaskan tempoh edahnya sudah tamat.
"Saya tak nak kongsikan pada awalnya kerana mahu menjaga hubungan dengan bekas ibu mertua dan anak tiri. Saya sangat baik dengan mereka, jadi tak nak mereka rasa ters1nggung," jelasnya.
Kongsinya lagi, sehingga kini, hubungan dengan bekas keluarga mertuanya tetap baik dan sepanjang perkahwinannya itu, dia berusaha menjadi isteri yang terbaik kerana impiannya ialah memiliki keluarga harmoni.
"Saya tak pernah tinggi suara pada dia. Saya memang mahu menjadi seorang isteri yang baik dan menantu yang baik. Saya betul-betul berusaha sehabis baik.
"Saya hanya mahu kehidupan sederhana sebagai seorang isteri. Itu sal@h satu impian terbesar saya, tapi perkara itu tidak menjadi," kata penyanyi lagu 'Kendati' itu.
Pada Oktober lalu, Amylea menerusi hantaran di media sosial mendedahkan, dia sudah sah bercerai dengan bekas suami, Mohammad Aqbar Mohamad dan tamat tempoh idah, namun tidak memaklumkan tarikh sebenar perceraian.
Sebelum itu, Amylea dan Mohammad Aqbar memaklumkan, mereka bernikah pada November 2023, tanpa mendedahkan tarikh sebenar majlis perkahwinan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment