"Beberapa hari ini Amira mengalami dem@m, b@tuk dan seles£ma. Tapi semalam dia tiba-tiba mengadu suk@r bernafas menyebabkan dia terpaksa di bawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
"Alhamdulillah hari ini keadaannya dilaporkan beransur baik, cuma masih batuk dan selesema saja," demikian tutur pengurus kepada penyanyi dan pelakon Amira Othman iaitu Que Hanafi.
Kongsi Que, keadaan Amira yang terpaksa menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Selangor pada Ahad selepas mengalami kesuk@ran bernafas itu kini dilaporkan stabil, namun masih mengalami g£jala b@tuk dan seles£ma.
Dalam pada itu, Que memberitahu, Amira dan suaminya, pelakon Fattah Amin sepatutnya terbang ke Korea pada Isnin untuk menjalani sebuah penggambaran, namun terpaksa bergerak asing.
Klik untuk gambar besar
"Namun disebabkan Amira dirawat di hospital, hanya Fattah dan pasukannya saja pergi dahulu kerana pihak pr0duksi sudah menunggu kami di sana.
"Insya-Allah jika keadaan Amira okay, kami akan bertolak ke Korea esok dan berada di sana selama seminggu untuk menjalani penggambaran," katanya.
Sebelum ini, Fattah memuat naik gambar katil hospital bersama kapsyen meminta orang ramai mendoakan kesihatan isterinya.
"Doakan isteri syurga saya, Amira Othman," tulisnya yang mendirikan rumah tangga kali kedua bersama Amira Othman pada hari ulang tahunnya yang ke-35 iaitu pada 14 September lalu.
Fattah turut mempunyai seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya hasil perkahwinan dengan bekas isterinya, pelakon dan usahawan, Nur Fazura.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment