"Que Haidar ni beng@p ke b0doh? Gegar Vaganza ini rancangan keluarga tau tak. Kau memang tak reti pakai baju pasang butang sampai atas ke? Rancangan ni ada etika pemakaian brader."
"Menyamp@h tengok. Elok dah dia butang, pergi buka balik. Nak tunjuk apa pun tak tahu. Baik tak payah pakai baju."
"Macamlah kita ham@k sangat nak tengok dada dia. G£li... maaf cakap," demikian komen beberapa netizen yang meluahkan kekec£waan terhadap penampilan pelakon Que Haidar di konsert minggu ketiga program Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) pada malam Ahad.
Klik untuk gambar besar
Nama Que kini menjadi bualan di media sosial, dimana ada yang menganggap pelakon itu tidak menghormati perjalanan acara berkenaan, apatah lagi pr0gram tersebut merupakan tontonan umum yang disiarkan secara langsung di televisyen.
Rasa menyamp@h penonton turut diluahkan apabila wajah bapa kepada dua cahaya mata itu sering kali terpapar di skrin kerana duduk di bahagian belakang juri sepanjang pr0gram berlangsung.
Pada konsert minggu ketiga GV12 itu, Que muncul sebagai k£jutan ketika pasangan pengacara Nabil Ahmad dan Sheryy Alhadad menyampaikan lagu pembukaan berjudul 'Jamilah' yang dipopularkan oleh penyanyi Jamal Mirdad.
Que juga mendapat sorokan ramai penonton yang hadir di Auditorium Majlis Badaraya Shah Alam (MBSA) apabila setiap kali wajahnya terpampang di skrin.
Ketika di pertengahan pr0gram, ketua juri iaitu Datuk Ramli MS secara spontan menegur dan kemudian pelakon itu bertindak menutup kembali bahagian dada yang terdedah.
Namun perbuatan Que itu tidak bertahan lama apabila dia sekali lagi dilihat sengaja membuka sebahagian butang bajunya.
Sebelum ini, nama Que juga menjadi bualan selepas dia membuat video parodi lagu 'Jamilah' yang memperlihatkan dirinya terbaring di atas katil tanpa berbaju.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!





No comments:
Post a Comment