"Cakap nak buat tinted kereta dia, jadi aku masuk la... tiba-tiba cakap 'surprise'. Tu dia kereta idaman aku. Tak tahu nak menangis ke apa.
"Aduhai Zizan Razak dan ibuku. Yay dia dah jadi milikku. Alhamdulillah. Terima kasih adik dan ibuku."
Itulah tutur abang kepada pelakon dan pelawak, Zizan Razak iaitu Hafiza Razak apabila menerima k£jutan istimewa daripada adiknya itu yang menghadiahkan sebuah kereta.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Hafiza meluahkan rasa syukur serta mengucapkan terima kasih buat Zizan serta ibunya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Zizan yang sentiasa mengutamakan keluarga.
Kata netizen lagi, meskipun belum bertemu jodoh lagi, namun Zizan diberi peluang untuk berbakti kepada keluarganya.
Sebelum ini, Zizan pernah menghadiahkan sebuah motosikal Yamaha Xmax 250, kepada abangnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment