20 November 2025

"RASA NAK LEL0NG JUAL RUMAH, JUAL KERETA..." - KHAI BAHAR AKUI PERNAH TERDETIK TINGGALKAN KERJAYA NYANYIAN, PULANG KAMPUNG UNTUK LEBIH DEKAT DENGAN PUSARA IBU BAPA



"Waktu itu saya rasa kosong. Sus@h nak gambarkan situasi tersebut sampai saya cakap kepada pengurus selepas ini saya tak nak dah (menyanyi), kita selesaikan dulu kerja yang ada, (kemudian) saya nak balik kampung.
"Ya, saya pernah sampai tahap itu. Kat kampung nanti tak kisahlah buat apa, mungkin buka kafe, ada lah buat sesuatu. Rasa nak lel0ng jual rumah, jual kereta. Semua itu saya tak mahu. Saya nak jadi macam orang biasa.

"Hilang emak awal tahun lalu, 2025 pula bapa 'pergi' membuatkan saya sedih berganda. Bukan tak reda tapi macam saya cakap perasaan begitu datang tiba-tiba."

Demikian ujar penyanyi Khai Bahar, dimana dia pernah terdetik untuk meninggalkan kerjaya nyanyian serta pulang ke kampung untuk lebih dekat dengan pusara kedua orang tuanya.

Kata Khai, pemergian ibu bapanya membuatkan dia pat@h hati sehingga merancang untuk menjual rumah di Kuala Lumpur.

Kongsinya lagi, dia berdepan tempoh suk@r selepas pemergian bapanya pada September lalu, dimana dia memerap di rumah dan hanya keluar jika ada kerja yang telah dipersetujui sebelum ini.

Namun, Khai berkata, dia akhirnya sedar bahawa dia tidak boleh terus sedemikian dan perlu bangkit untuk meneruskan kehidupan.

"Saya memang memerap di rumah sahaja. Kalau keluar pun apabila perlu terutama untuk selesaikan persembahan yang sudah dipersetujui awal. Sudah tak ambil 'job' lain. Laman sosial pun saya jauhi.

"Tapi kesedaran datang sendiri. Saya terfikir kalau berterusan begini macam mana dengan orang sekeliling. Ini tak adil buat mereka.

"Kalau fikir kau sahaja ada mas@lah, orang pun ada mas@lah. Jika rasa kosong, kembalilah kepada-Nya," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: