20 November 2025

TERIMA ANUGERAH 'MEN EVOLUTION' - AJAI LUAH RASA TERHARU : "IA ADALAH PERJALANAN TERBAIK SAYA SEPANJANG 36 TAHUN TERBABIT DALAM INDUSTRI SENI TANAH AIR"



"Saya menzahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada Allah dan pihak penganjur atas penganugerahan berprestij ini. Anugerah ini adalah sebuah pengiktirafan besar dalam kerjaya saya.
"Ia adalah perjalanan terbaik saya sepanjang 36 tahun terbabit dalam industri seni tanah air. Sehingga kini, saya masih bangun setiap pagi dengan perasaan sama dan semangat untuk terus berkarya."

Itulah kata komposer Ajai, 50, dimana dia terharu menerima anugerah Men Evolution Award 2025 (Lelaki) daripada sebuah majalah terkenal yang disifatkannya cukup memberi makna tersendiri.

Tutur Ajai atau nama sebenarnya, Mohamad Faizal Maas, pengiktirafan itu juga pemangkin semangatnya terus berjuang sebagai anak seni yang tidak pernah putus bekerja-keras.

Tampil penuh gaya pada acara keraian majalah terbabit semalam, Ajai berkata, dia sentiasa seronok apabila berada dalam industri yang penuh warna-warni serta kerap dihadiri orang baharu.

"Saya begitu bersyukur kerana sentiasa dikelilingi oleh keluarga, rakan-rakan dan juga kenalan-kenalan baharu. Kalian semua sudah memainkan peranan penting dengan menemani saya sewaktu melalui perjalanan indah ini," ujarnya.

Dalam pada itu, tambah Ajai lagi, perjalanan indahnya dalam belantara hiburan tanah air tidak akan bermakna tanpa kehadiran dan sokongan tidak ternilai daripada pelbagai pihak.

"Semoga kita semua dapat terus berpegangan tangan dan mengeratkan lagi ikatan silaturahim sesama kita," kata anggota Exists itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: