"Curang ini adalah satu pilihan sebenarnya dan dia ada dekat mana-mana. Tak perlu nak cari ke apa sebab dia (curang) boleh berlaku dengan sendiri.
"Macam contoh, seseorang itu boleh curang dengan sesiapa sahaja seperti kawan kepada isteri dan kawan tempat kerja.
"Curang ini juga boleh bermula daripada tindakan kau yang hanya tumpangkan seseorang itu ke satu tempat. Itu pun sebenarnya dah boleh jadi mengg0da dah."
Itulah ujar pelakon Rozita Che Wan, dimana katanya, curang adalah satu pilihan dan bukan perkara yang berlaku secara tiba-tiba.
Jelas Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, seseorang itu boleh berlaku curang dengan sesiapa sahaja serta memberikan contoh tumpangkan seseorang juga boleh menjadi punca.
Tambahnya lagi, curang berlaku apabila seseorang itu membuka ruang kepada orang ketiga dan dalam masa sama turut menitipkan nasihat kepada orang ramai untuk mengelakkan diri daripada perkara yang boleh mengh@ncurkan rumah tangga.
"Korang kena elakkan daripada berlaku benda-benda macam ni. Kita kena selalu fikir yang sesuatu perkara itu boleh mendatangkan fitn@h.
"Jadi jangan mulakan kecurangan ini. Janganlah cakap, 'Eh tak adalah kita kawan biasa je'. Jangan bagi ruang sebab curang ini puncanya ialah sebab bagi ruang.
"Mula-mula memang keluar makan, lepas itu luah perasaan tapi hujung-hujung? Perasaan kau yang terluah dekat dia. Jadi, apa-apa pun, korang memang kena 'avoid'," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment